Hun Haqeem yang menceburi dunia lakonan sejak 2018 mengakui pelajaran sangat penting bagi setiap individu. Justeru, pelakon berkenaan meluahkan hasratnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda suatu hari nanti.
Katanya, dia berhasrat menyambung pengajian dalam jurusan Psikologi walaupun terpaksa menangguhkan impian tersebut buat masa kini kerana kesibukan bekerja. “Walaupun sibuk mengejar kerjaya, bagi saya belajar tu sangat penting. Alhamdulillah, saya dekat dalam industri ni saya memang bermula dari kosong. “Jadi Alhamdulillah rezeki kita dapat jumpa pelakon-pelakon yang hebat untuk digandingkan bersama. Jadi buku yang kosong tu kita isikannya jadi penuh.
“Jadi konsepnya sama, kita belajar. Tapi kalau nak ikutkan saya sangat-sangat teringin untuk mendalami ilmu yang rasmi macam buat Degree in Psychology ke macam tu. “InshaAllah, saya memang tengah usahakan untuk itu. Nak lah, walaupun nanti dah berusia 40 ke 50 tahun nanti. Saya memang akan sambung,” katanya. Perkongsian tersebut telah didedahkan Hun ketika ditemui pada majlis sidang media Viu Upfront 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Khamis lalu. Sumber: Xtra |
lattehazelnut replied at 30-11-2022 01:41 PM
Xnmpk mcm muka nk study pun
Tunan replied at 30-11-2022 08:42 PM
Dia cuma ada diploma je kan..
hyie replied at 1-12-2022 10:29 AM
heshe grad diploma apa nyah?
elnor_81 replied at 1-12-2022 08:44 PM
Dia ni berlakon Cari aku di syurga ngan mek jenna..ala2 kayuan sket.. tp ble berlakon kampung people ...
ADVERTISEMENT