CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ungku Ismail Tak Keruan, "Nad Zainal Masih Di ICU Tapi Boleh Gerak Tangan Dan Mengangguk"

30-11-2022 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5248| Komen: 32

Selepas memaklumkan enggan lagi berkongsi apa-apa perkembangan tentang Nad Zainal yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), pelakon Ungku Ismail tampil dengan sebuah video memaklumkan keadaan terkini dramatis terkenal itu.


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ungku atau nama lengkapnya Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz memaklumkan setiap hari Nad mengalami perubahan positif walaupun kecil.

Foto: IG

“Perkembangan terkini Nad Zainal, setiap hari ada perubahan kecil yang positif walaupun sedikit demi sedikit.

“Bagaimanapun oksigennya masih naik turun. Namun alhamdulillah tetap ada perkembangan yang baik,” katanya.


Tambah pelakon berusia 36 tahun itu lagi, Nad juga sudah mula memberi reaksi dan tindak balas seperti menggerakkan tangan serta menganggukkan kepalanya jika ditanya.



Pun begitu, pemilik nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin itu masih ditempatkan di dalam ICU kerana memerlukan pemantauan rapi oleh doktor.

“Nad masih lagi di dalam ICU. Bila di dalam ICU maksudnya keadaan Nad masih lagi kritikal. Kita mengharapkan tiub oksigen dicabut.

“Tapi kena pastikan paru-paru dia betul-betul okey. Selagi Nad masih bergantung dengan mesin oksigen, sejujurnya saya masih lagi tidak keruan. Apatah lagi ibu bapanya,” kata Ungku.



Dalam video tersebut juga, pelakon drama Cina Buta itu menjelaskan dirinya langsung tidak merajuk atau sentap selepas sebelum ini memberitahu tidak akan berkongsi lagi perkembangan Nad kerana dikatakan kecewa dengan kata-kata netizen.

Kata Ungku, dia tidak merajuk, sebaliknya cuba menggunakan akal fikiran apabila situasi menjadi semakin terpesong.

“Pertama, saya mahu jelaskan tentang ‘merajuk’ dan ‘sentap’. Tiada istilah merajuk sebab saya cuba menggunakan akal fikiran untuk kawal keadaan bila situasi terpesong ke arah yang salah.

“Saya minta berdoa, tapi orang lain sibuk tentang perkara lain (hubungannya dengan Nad). Saya minta penulisan fokus tentang keadaan Nad Zainal,” katanya.



Dalam pada itu, Ungku sekali lagi menyeru orang ramai supaya tidak berhenti mendoakan kesejahteraaan Nad agar dia segera sembuh seperti biasa.

Terdahulu, Ungku melahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak menyifatkan dirinya seolah-olah gelojoh bercerita tentang hubungan cintanya dengan Nad pada saat wanita itu sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta.

Kata Ungku, niatnya cuma satu iaitu untuk menyalurkan informasi tentang keadaan kesihatan terkini Nad, namun lain yang terjadi disebabkan sikap tidak bertanggungjawab beberapa pihak.



Sehubungan itu, dia membuat keputusan tidak lagi berkongsi apa-apa perkembangan terkini Nad atau apa sahaja dan meminta pihak yang mahu mengetahui tentang keadaan pelakon itu merujuk kepada sumber yang lain.

Nad yang juga ibu kepada dua cahaya mata dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri pada Isnin minggu lalu akibat pendarahan paru-paru dan diintubasi bagi merehatkannya.




Selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, Nad semakin menunjukkan perkembangan positif dan difahamkan sudah beberapa kali membuka mata. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote virgocircus 30-11-2022 01:25 PM
The title yach....dats y uia bengang dgn press. Xkeruan bagai apoo???? Tepuk!
Quote prince_marhaen 30-11-2022 01:43 PM
...sejujurnya saya masih lagi tidak keruan. Apatah lagi ibu bapanya,” kata Ungku.


...RASA BERSALAH KE TUWWW.....sakan travel luar negara bercuti "shooting" video youtube channel berdua (bilik asing-asing)....balik balik gelpren terus jatuh sakit..
Quote helicornia 30-11-2022 03:34 PM
kata taknak bg udpate psl nad, tapi update gak
kalau nad sihat nanti, dia cakap dia takde perasaan kt UIA camne agaknya
Quote opie5662 30-11-2022 04:03 PM
Eh.. Kate dh x nak update... Dah kenapa ko?...
Quote black_handbag 30-11-2022 04:22 PM
erm.. nti nad tu sedar kawinla kome.. jgn dok menggelupur kat socmed ye
Quote likilu 30-11-2022 04:22 PM
helicornia replied at 30-11-2022 03:34 PM
kata taknak bg udpate psl nad, tapi update gak
kalau nad sihat nanti, dia cakap dia takde perasaan k ...

Kecam sikit tengok

Best jugak tgk orang koyak ni. Kalau dunia hiburan sunyi nanti keluar cerita lembaga dan keluarganya je boring lah oi
Quote likilu 30-11-2022 04:24 PM
opie5662 replied at 30-11-2022 04:03 PM
Eh.. Kate dh x nak update... Dah kenapa ko?...

Kena maintain interest terhadap the couple ni, sebab drama baru nak showing. Skrip drama kena buat buat seiringan dengan dunia nyata baru penonton terbuai buai

Predictable jugak acik acik ni semua pun senamg je nak game
Quote doubleharmonic 30-11-2022 05:09 PM
eh babi haritu ko kata taknak update apa2 dah ni sebok jugak nak update dah kenapa babi?
Quote markonahlah 30-11-2022 05:24 PM
Bukan hari tu dia dh merajuk tak nak update
Quote putericahaya999 30-11-2022 05:49 PM
Tak rasa depa akan kawen pasni
Quote epullipan 30-11-2022 06:08 PM
eh jibake kenapa perlu ko yang tak keruan kenapa kenapa??
Quote ekselen 30-11-2022 06:37 PM
Kata taknak shareeeeeeee....propa je lah...
Quote Sunkiss8999 30-11-2022 06:40 PM
Nad tu problem paru2 je..bukan brain..of course akan gerak2 tgn nye..sbb doctor cut down sedation dia..nak bagi dia bangun n try breath sendiri with minimal machine support..kat machine tu semua ada setting dia..jangan gelabah sgt la ungku..gerak jari x gerak..
Quote orkidorkido 30-11-2022 06:40 PM
Sentap la tu namanya
Quote imanjannah 30-11-2022 07:35 PM
moga Nad cepat sembuh, tiba2 terasa nk tgok balik TLU..
Quote virgocircus 30-11-2022 08:38 PM
imanjannah replied at 30-11-2022 07:35 PM
moga Nad cepat sembuh, tiba2 terasa nk tgok balik TLU..

Hehe baru layan last wik kat iqiyi.
Quote winky1 1-12-2022 03:46 AM
Dia kata netizen duk doa semoga Nad sedar ...mcm netizen tak faham ditidurkan .. sebenarnya ramai ja geng artis dia pun sama..... bangun lah kita dah ada PM baru. ...itu geng artis cerdik konon tu. .apalah ...
Quote winky1 1-12-2022 03:47 AM
putericahaya999 replied at 30-11-2022 05:49 PM
Tak rasa depa akan kawen pasni

Masa sakit dan lemah wang ringgit baru tahu sayang tahap mana...
Quote cikgojesss 1-12-2022 05:09 AM
gegeh nak justify tak merajuk dan tak sentap lah KONONNNNN.. obviously perangai ponen je yg gegeh justify itu ini bukan susah pun nak tau orang merajuk n sentap.. podahh takda kualiti la jibauk ni

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.043002 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top