CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Gula-Gula Politik, Penjawat Awam Di Kelantan Dapat Bonus RM1,500

30-11-2022 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 713| Komen: 3

KOTA BHARU – Semua penjawat awam di Kelantan bakal menikmati durian runtuh apabila menerima bonus sebanyak RM1,500 yang akan dibayar pada awal Januari depan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pembayaran bonus itu melibatkan peruntukan sebanyak RM13 juta.

Tegasnya, pemberian bonus itu bukan satu bentuk gula-gula politik terhadap penjawat awam di Kelantan, sebaliknya ia adalah hadiah kepada mereka.

Foto: Kosmo

“Ini bukan gula-gula politik, tetapi sebagai tanda terima kasih atas komitmen yang diberikan kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan.


“Mereka adalah sebahagian daripada pekerja yang banyak memberi komitmen terhadap tugasan dan urus tadbir negeri ini,“katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mohd. Amar berkata, pembayaran bonus tahun ini merupakan jumlah yang paling tinggi pernah dibayar oleh kerajaan negeri Kelantan kepada penjawat awam sejak 32 tahun Pas mentadbir negeri ini. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 1-12-2022 10:27 AM
sonoknya jadi org gomen ni asek ada bonus manjang yag swasta ni cam hareyy
Quote boo06 27-11-2024 08:07 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
Quote boo07 29-11-2024 08:26 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.162379 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top