CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Tergamak Tinggalkan Ibu Di Tengan Hutan, Leher Diikat Dengan Rantai Besi

30-11-2022 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1450| Komen: 11

Seorang wanita Indonesia yang mengalami gangguan mental dirantai di tengah hutan oleh anaknya sendiri.

Ani, 50, diikat lehernya dengan rantai besi sepanjang 1.5 meter pada dua batang pokok di tengah hutan di Kampung Negara Padang, Desa Kampung Baru, Kecamatan Petir, Kabupaten Serang, Banten.


Menurut salah seorang ahli keluarganya yang dikenali sebagai Alfiah, 29, keputusan untuk meletakkan Ani di tengah hutan telah dipersetujui oleh ahli keluarga dan penduduk setempat.


Foto: Kompas.com

Berdasarkan perjanjian, Ani diikat bermula 17 November agar tidak lagi membuat gangguan di kampung berkenaan.


"Sebelum ini penduduk dan anak-anak berbincang. Hasilnya, ia dipersetujui untuk diletakkan di tengah-tengah hutan supaya dia tidak mengamuk dan tidak merosakkan rumah penduduk," kata Alfiah ketika bercakap dengan Kompas.com di kediamannya.

Tidak sampai seminggu selepas diletakkan di hutan, keadaan Ani semakin teruk sehingga seorang sukarelawan membawanya berubat di Pusat Kesihatan Petir.

Selepas keadaannya bertambah baik, Ani dibawa oleh sukarelawan ke sebuah yayasan untuk meneruskan rawatan penyakit mentalnya.

Dalam pada itu, kisah Ani serta video yang memaparkan keadaan dirinya turut tular media sosial.

Malah, ia turut mendapat perhatian peguam, Hotman Paris Hutapea yang menggesa polis menyiasat kes berkenaan dengan segera. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-11-2022 12:49 PM
Bodohnya tindakan si anak caprut.. nak bagi rimau makan mak dia le tu tapi rancangan brengsek tak jadi
Quote green~tea 30-11-2022 12:50 PM
Takde hospital mental ke kat indon?
Quote margo20 30-11-2022 12:51 PM
Kalah sinetron cte dia
Quote menjad 30-11-2022 12:54 PM
Sekampung pulak menyokong. Dalam ramai2 tuh xder pulak yang rasional.
Quote lattehazelnut 30-11-2022 01:15 PM
Mesti dia pkai ilmu pape ni..
lama benar bertahan hidup tgh hutan kne gari pulak tu..
Quote epullipan 30-11-2022 01:30 PM
lain macam treatment tinggal kat hutan
Quote kelip2_07 30-11-2022 01:31 PM
apesal ko xrantai dpn umah jer..buat bangsal elok2 situ..bodoh punye indon
Quote iznanaziz 30-11-2022 02:16 PM
mmg sah2 nak bagi mak dia dimakan binatang buas.
ntah hantar makanan ke tak tu ke tengah hutan
apa punya anak la
sekampung pulak tu setuju..sekongkol
Quote rosedemon 1-12-2022 10:26 AM
hantarlah pergi spital mental. jongos punya anak. neraka la ko
Quote boo06 27-11-2024 08:08 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
Quote boo07 29-11-2024 08:27 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.238919 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top