CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Tergamam Tengok Janna Nick Versi Lelaki, Badan Sado Berketul-Ketul

30-11-2022 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2933| Komen: 16

Berkongsi rutin senaman dan gaya hidup sihat di laman sosial kini sudah menjadi perkara biasa.

Namun, seorang pemuda mendapat perhatian yang sangat luar biasa apabila memuat naik video menunjukkan badannya yang berotot.


Bagaimanapun, badannya yang sasa hasil kerja keras bersenam bukanlah menjadi tumpuan netizen, sebaliknya wajahnya yang menjadi bualan kerana dikatakan mirip pelakon Janna Nick.

Foto: IG/Tiktok

"Janna Nick versi lelaki.

"Cantiknya muka.

"Aku ingat Janna Nick tadi.

"Janna Nick dah sado," demikian antara komen netizen.



Bercakap kepada mStar, jejaka sado berkenaan, Muhammad Nur 'Arif Abd Shukor berkata, dia sering menggunakan platform media sosial untuk berkongsi hobi dalam aktiviti kecergasan.

Pemuda berusia 28 tahun itu bagaimanapun tidak menyangka video terbaharu yang dimuat naiknya pada Isnin mendapat sambutan di luar jangkaan.

"Sebenarnya bukan pertama kali saya menerima komen yang mengatakan wajah saya mirip Janna Nick, tapi tidak sebanyak komen kali ini. Sangat banyak.

"Saya rasa kelakar sebab saya pernah terserempak dengan Janna Nick depan-depan, dan saya merasakan wajah kami tiada persamaan," katanya kepada mStar.



Walau bagaimanapun, pemuda yang lebih mesra disapa Arif ini tidak kisah dirinya digelar sebagai Janna Nick versi lelaki.

"Saya tidak kisah dengan gelaran yang diberikan oleh netizen. Ada juga yang melabelkan saya sebagai Janna Nick versi sado.

"Selain Janna Nick, terdapat juga banyak komen netizen yang menyamakan saya seperti watak anime dalam Demon Slayer iaitu Inosuke Hashibra.

"Inosuke merupakan pemuda berbadan sado dan berwajah feminin. Wataknya baik, kuat dan bertenaga. Saya anggap ini sebagai pujian," ujarnya yang berasal dari Kajang, Selangor.

Menetap di Semenyih, anak bongsu daripada empat beradik itu mula melibatkan diri dalam senaman angkat berat sejak sedekad lalu.

Malah katanya, dia juga pernah menjadi jurulatih kecergasan peribadi di sebuah gim selama setahun pada 2018.

"Saya bersenam di gim enam kali seminggu. Selain itu, saya juga melakukan aktiviti luar seperti hiking, badminton dan futsal," tambah pemuda yang berketinggian 170 sentimeter ini.

Di sebalik minatnya terhadap aktiviti kecergasan, siapa sangka Arif sebenarnya juga berpengalaman dalam bidang kulinari.


"Saya pernah menjadi cef di resort dan hotel sejak 2013. Saya kini merupakan tukang masak di sebuah kafe. Selain boleh memasak, saya juga suka makanan manis dan food hunting!

"Jadi, saya tidak cenderung untuk memasuki sebarang pertandingan badan cantik atau bina badan. Sasaran saya adalah untuk memiliki badan yang lebih berotot," katanya yang turut melakukan defisit kalori dan mengelakkan mengambil makanan berkuah.

Arif berkata, dia akan sentiasa berkongsi video senamannya bagi memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam dengan cara selamat.

"Dari segi bidang yang diminati pula, tip saya adalah kita kena mulakan dulu, baru tahu. Kita kena berani menghadapi kegagalan dan belajar dari kegagalan untuk berjaya," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jiddin 30-11-2022 05:13 PM
Meols pulak baru find out awek tiktok nama notkahnjunior ....sejibik cam mek Janna gak
Quote Rogue98 30-11-2022 05:20 PM
Janna punye twin ni...sebaya kut...
Quote woven11 30-11-2022 05:21 PM
Haha sebijik sama cam jana
Quote epal21 30-11-2022 05:45 PM
Terasa seperti janna nick pulak yg mendedahkan dada. Hahaha
Quote doubleA 30-11-2022 06:00 PM
Mmg samalah haha
Quote innocentsangat 30-11-2022 06:05 PM
Haha cute.. Bolehlah tu ada geng nk join gym
Quote alieyrina 30-11-2022 07:22 PM
Ok comeii gak. Memg iras janah
Quote aammyy 30-11-2022 07:40 PM
I ingat JN pakai filter badan sasa.
Quote Ferr_Remy 30-11-2022 08:28 PM
So retis ke sampai nk bukak thread dlm ni? Camtu semua yg muka seiras artis da blh ade thread masing2 dlm forum ni.
Quote LaskarHijayu 30-11-2022 09:13 PM
Terbahak2 aku gelak wehhh... BF JN dah tgk lom ni
Quote Kancilkering 30-11-2022 09:15 PM
nasib baik ada halkum
Quote dudaberhias 30-11-2022 09:16 PM
Takde rupa yenna nix pun, ingatkan transgender FTM tadi.

Tapi kalau ex yenna tu kaka tahu iras sape. Iras2 poji nawawi mix beruk salji gittuhhhh

Kalau orang kata tu anak poji nawawi pun kaka percaya
Quote I.K.A888990 1-12-2022 02:59 AM
ya ampun terkejut tgk ingat betul2 janna tadi
Quote rosedemon 1-12-2022 10:40 AM
sama siak., kome jgn bygkan bukan2 plak
Quote makton 1-12-2022 10:56 AM
igtkan gmbr JN difilter guna FaceApps tu jadi badan ketak2
Quote fifie_olin 1-12-2022 10:59 AM
ada jodoh kot

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.047130 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top