Nama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil disebut-sebut selepas pengguna Twitter berkongsi imej Ketua Penerangan PKR itu ketika menjadi pelakon dalam sebuah drama Gol & Gincu The Series, yang disiarkan dari Jun 2006 hingga September 2007 selama dua musim. Dalam siri itu, Fahmi memegang watak sampingan sebagai Irwan. Malah, beliau juga memegang beberapa peranan lain dalam produksi berbeza. Bukan sahaja berbakat dalam lakonan, tetapi juga dalam penulisan lakon layar. Menurut IMDb, Fahmi menulis filem seram tempatan, Histeria yang ditayangkan pada 2008 lalu.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter kemudiannya berkongsi klip lama Fahmi menemu bual arwah Yasmin Ahmad, penerbit dan pengarah filem tempatan yang terkenal dengan karya arahannya dalam Sepet dan Talentime. Mungkin ramai yang tidak tahu penglibatan Fahmi dalam industri seni, kerana netizen meluahkan rasa terkejut mereka terhadap posting tersebut. Beberapa netizen juga memberi cadangan bahawa dia harus dipilih sebagai Menteri Penerangan. Sumber: Murai |
Kurex replied at 30-11-2022 02:28 PM
Dia pelakon gred A ke sampai nak suruh jadi menteri komunikasi multimedia???
sharlenetexas replied at 30-11-2022 02:54 PM
Rasmi lif ajelah.
pu3_rania replied at 30-11-2022 01:02 PM
Better lantik Gobind Singh Deo semula lar
Masa dia jadi Menteri Komunikasi dan Multimedia , Alhamdul ...
Skuau replied at 30-11-2022 03:08 PM
tak aci la...xde 1 pon menteri pertahanan pernah pi perang...
pu3_rania replied at 30-11-2022 01:02 PM
Better lantik Gobind Singh Deo semula lar
Masa dia jadi Menteri Komunikasi dan Multimedia , Alhamdul ...
toynme replied at 30-11-2022 03:35 PM
ramai jgk ekk menteri2 PH ni org nak balik..contoh mcm Anthony Loke...Maszlee....Hannah Yeoh....Ma ...
ADVERTISEMENT