CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Bagi 3 Hari Tarik Balik Audio Fitnah Tapi Hassan Kata "Itu Bukan Suara Saya"

30-11-2022 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3873| Komen: 42

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi masa selama tiga hari kepada Ahli Parlimen Baling Hassan Saad supaya menarik balik dengan serta merta kenyataan dan audio fitnah yang mengaitkan pelantikannya dengan pengaruh Israel.


Anwar yang mengemukakan surat tuntutan (LOD) melalui firma guaman SN Nair & Partners hari ini, turut menuntut Hassan membuat permohonan tanpa syarat dalam cara dan bentuk yang akan diluluskan oleh peguam beliau untuk disiarkan dalam akhbar dan media pilihannya.

Selain itu, Hassan diminta mengemukakan aku janji bertulis untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen seperti yang terkandung dalam perkataan serta audio memfitnah berkenaan.


FB Anwar

Menurut surat tuntutan yang ditandatangani peguam SN Nair, jika Hassan gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan, Anwar akan memohon perintah injuksi dan memfailkan saman dengan menuntut ganti rugi pampasan yang susbtantif di atas reputasinya yang terjejas teruk.

Ia menyatakan bahawa, perkataan dan audio fitnah itu dikaitkan kepada Hassan melalui audio dan gambar latar belakang (audio) di mana Hassan tidak pernah menafikan perkaitan dengan dirinya walaupun selepas ia ditularkan di Twitter dan aplikasi sosial media lain.

"Oleh. itu, anak guam kami menganggap YB (Yang Berhormat) (Hassan) yang menyebabkan perkataan dan audio fitnah berkenaan diterbitkan atau diterbitkan semula.

"Jika YB (Hassan) menafikan mengungkapkan perkataan dan menerbitkan audio fitnah itu, kami diarahkan oleh anak guam untuk menuntut pengesahan umum dan secara bertulis bahawa YB (Hassan) tidak mengungkapkan perkataan itu atau menyebabkan ia diterbitkan semula.

"Perkataan dan audio memfitnah ini juga bercanggah dengan Akta Hasutan 1948 yang masih berkuat kuasa, di mana tindakan YB (Hassan) secara langsung menyumbang kepada suatu salah laku jenayah," kata surat berkenaan.

Menurut surat tuntutan itu, Anwar menyatakan bahawa pada 27 November lalu, Hassan menerbitkan atau menyebabkan penerbitan satu hantaran audio di aplikasi Twitter di bawah nama Mohd Ropi Mat Sin.

Audio itu juga dipetik oleh pengguna Twitter di bawah nama 'Pemikir Malaysia' yang mendapat tontonan melebihi 431,500 kali dan reaksi 'like' melebihi 4,800 kali.

Menurut surat terbabit, Anwar menegaskan bahawa perlantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 diperkenan Yang di Pertuan Agong selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 24 November lalu.


FB Hassan

Ia berkata, pelantikan berkenaan disempurnakan dengan penuh tertib dan hormat selaras kuasa tertinggi di negara ini, namun Hassan bertindak dengan pengetahuan penuh dengan mengungkapkan dan menerbitkan atau menyebabkan penerbitan perkataan dan audio fitnah berkenaan.

"Dalam berbuat demikian, YB (Hassan) mencemarkan dan mengejek titah Yang di-Pertuan Agong untuk memperkenankan perlantikan itu dan secara langsung, melakukan penghinaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.

"YB (Hassan) juga mengaibkan dan memperkecilkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja di bawah Perkara 40 dan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan dan mencabar titah Yang di-Pertuan Agong dalam memperkenankan perlantikan anak guam kami sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10," kata surat tuntutan itu.

Katanya, perkataan dan audio fitnah berkenaan adalah sangat cuai, melulu, disengajakan, berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan maruah Anwar di mata masyarakat umum, di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Hassan bagaimanapun menafikan tuduhan mengaitkannya dengan audio fitnah berkenaan menerusi Facebook Perhubungan PAS KEDAH, beberapa minit lalu.




Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clara_nur 30-11-2022 02:38 PM

tak heran kalo betul dia kena fitnah..
kt twitter tu, acc troll "HARAKATDAILY" yg sebarkan fitnah tu pon ramai percayaa..
sbb org igt tu official acc "HARAKAHdaily"
Quote tripleid 30-11-2022 03:01 PM
Dah tua nak mampus pun gigih tabur fitnah..semoga kena saman smpai bengkrap
Quote tripleid 30-11-2022 03:12 PM
clara_nur replied at 30-11-2022 02:38 PM
tak heran kalo betul dia kena fitnah..
kt twitter tu, acc troll "HARAKATDAILY" yg sebarkan fitnah t ...


Dok samakan dgn Harakatdaily??

Harakatdaily tu satu dunia mmg dah tahu mmg acc troll jah
Quote toynme 30-11-2022 03:13 PM
saman je...mmg takde topik lain agaknya....
Quote kucingitam 30-11-2022 03:17 PM
bagus DSAI. saman ja mana2 yang fitnah macam2 tu..
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 03:18 PM
you ulang saya saman you pula

[youtube]daXObPWteyA[/youtube]

saya ulaaaaaaaaaaaaaaaaaaang


[youtube]sUiR-SojqSY[/youtube]
Quote Orix 30-11-2022 03:19 PM
clara_nur replied at 30-11-2022 02:38 PM
tak heran kalo betul dia kena fitnah..
kt twitter tu, acc troll "HARAKATDAILY" yg sebarkan fitnah t ...

iols pun selalu tertipu dgan berita Awatni dengan Bermana
Quote becir 30-11-2022 03:21 PM
Kaki menyaman bangnon ni
Quote lo_la 30-11-2022 03:50 PM
Dejavu pula. Bro Lingam tersenyum sinis
Quote Rdizz 30-11-2022 03:54 PM
becir replied at 30-11-2022 03:21 PM
Kaki menyaman bangnon ni

Memang patut kena saman, melampau sgt. Org forum pun kalau melampau sgt, kita report.
Quote supernaturalee 30-11-2022 04:30 PM
buat senyap org igt benda betul
buat tindakan org kata br keja dh nk menyaman

x smpi seminggu pun angkat sumpah
berat sungguh nmpknya cabaran sbg pm kali ni
bkn bermaksud yg sblm2 ni xberat
cuma kali ni dgn cabaran socmed tu yg nk kena handle dgn penuh hemah dan bijaksana
Quote Tunan 30-11-2022 04:56 PM
Saman sekali makcik yg rekod tu
Kemain ya ko makcik.. sedap je mengata
Quote Tunan 30-11-2022 04:57 PM
supernaturalee replied at 30-11-2022 04:30 PM
buat senyap org igt benda betul
buat tindakan org kata br keja dh nk menyaman


Suka tgk yb sany tu marah. Garang gile
Quote doubleharmonic 30-11-2022 05:08 PM
dah tu suara sapa pulak? suara babi?
Quote clara_nur 30-11-2022 05:13 PM
tripleid replied at 30-11-2022 03:12 PM
Dok samakan dgn Harakatdaily??

Harakatdaily tu satu dunia mmg dah tahu mmg acc troll jah



satu dunia?? kahkahkah!
baca replies sorg2  maki tak hingat duniaaaa dan percaya sgt kt page troll ni..

Quote tripleid 30-11-2022 05:27 PM
clara_nur replied at 30-11-2022 05:13 PM
satu dunia?? kahkahkah!
baca replies sorg2  maki tak hingat duniaaaa dan percaya sgt kt page tro ...

Org bodoh je yg take serious post2 troll dlm Harakatdaily tuh..sama jgk ngn acc troll lain mcm Bermana,Awatni etc..
Quote Innrukia 30-11-2022 07:25 PM
clara_nur replied at 30-11-2022 05:13 PM
satu dunia?? kahkahkah!
baca replies sorg2  maki tak hingat duniaaaa dan percaya sgt kt page tro ...

pencacai ph & penjilat taik sakan pertahan idola.. paham2 ajerla..
padahal masing-masing pun sama kaki kelentong & kaki pitnah...
kita iyerkan je la depa..
Quote ultra78 30-11-2022 07:59 PM
Perkara pertama adalah cari identiti suara makcik tu. Aku rasa tidak adil terus menuduh dia bercakap begitu sedangkan ia datang dari mulut pihak ketiga
Quote yenil95 30-11-2022 09:03 PM
Saman aje .

Biasa sangat perangai fitnah memfitnah ni.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.041932 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top