Aeril Zafrel mengakui serik untuk mewarnakan rambut kerana tidak sanggup menahan sakit kepala selain kulit kepala menggelupas gara-gara melakukan teknik ‘bleaching’ atau melunturkan warna asal rambut.
Ujar Aeril, 34, dia terpaksa mewarnakan rambutnya menjadi keperangan dengan melakukan teknik pelunturan warna asal rambut (bleaching) bagi menjayakan watak baharu dalam sebuah filem. “Demi menjayakan watak itu, saya cuba-cuba mewarnakan rambut menjadi keperangan untuk lihat sama ada sesuai atau tidak. Tapi saya serik kerana tak tahan sakit kepala! “Bukan itu sahaja, kulit kepala saya juga menggelupas dan terkopek. Ambil masa seminggu juga untuk pulih,” katanya kepada Kosmo! Online.
|
pooh~key: Kalau kat panta timo kopek tu maksudnya tetek dek.
Perawankota replied at 30-11-2022 04:43 AM
maknanya kulit kepala dia tak bersih, ada luka jerawat lah tu.. sebabtu bila dia bleached rambut, ma ...
nolya replied at 30-11-2022 12:09 AM
Bleaching dn mewarnaka rambut ni, adakah sah ketika wudhu dn mandi wajib? Sejujurnya saya bertanya.
nolya replied at 30-11-2022 12:09 AM
Bleaching dn mewarnaka rambut ni, adakah sah ketika wudhu dn mandi wajib? Sejujurnya saya bertanya.
ADVERTISEMENT