Seorang gadis yang bercuti di Kelantan terkejut melihat kemewahan tandas awam percuma persis tandas di hotel lima bintang.
Menerusi perkongsian video melalui akaun TikTok @lynsopan1911 memaparkan tandas awam di salah sebuah daerah di Kelantan yang lengkap dipenuhi kemudahan dan keselesaan seperti pendingin hawa, mesin penapis air, televisyen dan dekorasi bunga hidup yang segar. Rentetan perkongsian video itu telah tular, majoriti besar orang ramai terutamanya mereka yang berasal dari luar Kelantan kagum dengan kemewahan dan kemudahan tandas tersebut meskipun hanya tandas awam dan percuma untuk digunakan. “Cantiknya, percuma pulak tu, ini kalau masuk tandas mesti lama sebab selesa duduk dalam tandas itu,” komen pengguna TikTok itu.
“Tandas awam tapi macam tandas hotel 5 bintang, harapnya negeri lain pun ada tandas macam ini, barulah selesa hendak buang air besar,” komen seorang pengguna TikTok yang lainnya. “Ini bagus untuk keselesaan anak-anak juga, macam anak saya payah betul hendak masuk tandas awam, mereka cuma membuang dekat rumah atau hotel sahaja, kalau tidak mereka sanggup tahan sampai balik ke rumah,” tulis seorang pengguna lagi. Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang memuji sikap orang Kelantan yang disiplin dalam bersama-sama menjaga kebersihan tandas awam tersebut supaya keselesaan dan kemudahan kekal terjaga sepanjang masa. “Orang Kelantan ini bagus bab kebersihan, saya pernah singgah tandas rehat dan rawat di Gua Musang, tandasnya wangi dan bersih, lantai pun kering sahaja memudahkan pengguna supaya kasut tidak basah,” tulis pengguna TikTok itu. “Aku boleh puji disiplin masyarakat di sini, pandai jaga dan manfaatkan tandas awam supaya sentiasa terjaga, bersih-bersih bukan untuk orang lain, untuk kegunaan kita bersama juga,” komen pengguna Tiktok yang lainnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
ultra78 replied at 29-11-2022 10:31 AM
Kenapa suara jantan? Tandas hotel 5 bintang takde letak tiles corak sarat mcm tu.Campur dengan perab ...
"Orang Kelantan Ini Bagus Bab Kebersihan"
dua_chzy replied at 29-11-2022 06:35 PM
Dia pakai voice changer app kot.
edayildiz replied at 29-11-2022 06:34 PM
org kelantan pembersih..omggg dia menganjeng ke apa ni..
i rasa org kelantan plg suka buang sampah ...
edayildiz replied at 29-11-2022 06:34 PM
org kelantan pembersih..omggg dia menganjeng ke apa ni..
i rasa org kelantan plg suka buang sampah ...
ADVERTISEMENT