Seorang lelaki hanya dihukum melakukan ketuk ketampi selepas dituduh merogol kanak-kanak berusia lima tahun. Tindakan penduduk di sebuah kawasan daerah Nawada, Bihar di India ini telah mengundang kemarahan orang ramai.
NDTV India News melaporkan, suspek berkenaan ‘kantoi’ melakukan perbuatan terkutuk selepas berjaya ditangkap oleh penduduk di sebuah kawasan sunyi. Bagaimanapun dia tidak diserahkan terus kepada pihak polis sebaliknya, hanya diserahkan kepada jawatankuasa kampung atau ‘panchayat’ dan mereka mengatakan bahawa dia tidak bersalah dalam merogol kanak-kanak berkenaan.
Lebih mengejutkan, punca dia diarah ketuk ketampi sebanyak lima kali sebagai hukuman adalah kerana kesalahan membawa kanak-kanak itu ke kawasan terpencil dan sunyi pada waktu malam. Jurucakap polis Gaurav Mangla menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima laporan dan akan mengambil tindakan lanjut terhadap suspek. Polis juga akan menyiasat secara terperinci mengenai individu yang mencadangkan supaya lelaki berkenaan tidak diserahkan kepada pihak sepatutnya selepas ditangkap pada hari kejadian. -CARI |
ADVERTISEMENT