CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Kena Hon, Penunggang Motor Pecahkan Cermin Kereta Guna Topi Keledar

29-11-2022 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1680| Komen: 18

Kuala Lumpur: Tidak puas hati kena hon ketika melanggar lampu isyarat, penunggang motosikal memecahkan cermin kereta di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Cheras di sini, Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 9.40 malam sebelum tular di media sosial.

"Polis mengesan satu video tular memaparkan penunggang motosikal berkenaan memecahkan cermin kereta menggunakan topi keledar.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat lelaki terbabit tidak berpuas hati kerana dihon pemandu kereta,"katanya dalam kenyataan, hari ini.


Foto: Harian Metro


Menurutnya, beberapa saksi sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.

"Polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil bagi membantu siasatan.

"Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam,"katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 29-11-2022 03:02 PM
nape xambik gambo plat motornya sng nk carik
Quote esbok 29-11-2022 03:04 PM
orang mcm ni letak kat tanah arab sana, tengok letih ke idak dia nak kene pecah kan tingkap kereta orang dengan dia dia pun penyek
Quote lightheaded67 29-11-2022 03:27 PM
tak pyah la hon hon org kt melesia ni. tak kena yg cepat melantun mcm ni, kena yg kuat gula nk ajak gaduh main brek2 mngejut.  biar jelah, untung2 sidai atas jalan boleh sagat terus.
Quote kasibiman 29-11-2022 03:30 PM
Mintak abam pulis henyak cukup2 si bangsat ni dlm lokap.
Quote edayildiz 29-11-2022 03:33 PM
ganaznya.i tak pernah tekan button hon spjg drive
Quote makiting 29-11-2022 03:33 PM
esbok replied at 29-11-2022 03:04 PM
orang mcm ni letak kat tanah arab sana, tengok letih ke idak dia nak kene pecah kan tingkap kereta o ...


Kat yindon dgn vietnam pun blh htr dia..
tgk dia larat tak nak hempuk satu2 kereta
Quote gurlfriday 29-11-2022 03:37 PM
Teringat cter unhinged
Quote Prickford 29-11-2022 03:39 PM
Video ni la semalam viral. Tapi sekerat. Pastu netizen komen cakap tunjuk video penuh sebab tak kan si debab tu toba2 nak tumbuk kereta, pecahkan cermin. Pastu naik plak cerita cakap pasal kena hon, si debab mengamok. Last2 boleh plak ada keling main sentimen bangsa. Jadi tak tau cerita penuh pasal apa.
Quote Perawankota 29-11-2022 03:42 PM
Adik beradik aku pakai perodua, selalu tertekan hon bila pusing stereng.. Kadang aku Tanya kenapa hon tiba2, mesti dorg cakap tertekan.. Kesian kt org pelik pehal tiba2 hon
Quote venom1 29-11-2022 03:44 PM
apa kata minta Proton dan Perodua tak letak butang hon kat steering. kurang sikit kes macam ni
Quote margo20 29-11-2022 03:48 PM
Mmg hon kt dia ke? Or dia terperasan?
Quote orkid_amani 29-11-2022 04:05 PM
Aii sejenis tak boleh kena hon.. cepat terkejut..tertekan minyak ooh dia punya terkejut tu..sebab tu lbh suka naik public transport ja..hanaha
Quote salimrock 29-11-2022 04:09 PM
Perawankota replied at 29-11-2022 03:42 PM
Adik beradik aku pakai perodua, selalu tertekan hon bila pusing stereng.. Kadang aku Tanya kenapa ho ...

moto pn kalo bawa muatan lebih kat bakul akan tertekan hon, ada la apek cina ni selalu beli barang dapur lebih2 atas bakul, asik tertekan hon, pastu dia buat muka donno je,

wa pernah kena, jd tgk la bakul dia byk tak barang?

wa dah tak amal kan, sebab takut tertekan, butang start enjin
Quote alieyrina 29-11-2022 04:23 PM
Kdg aku hon kat kereta yg selisih moto depan lak perasan. Habih tu jd pehiasan ja la hon tu
Quote Carcosa 29-11-2022 11:54 PM
Babi2 ni, kang kalau kita tak hon, dia main keluar je simpang. Kalau tekan light2 hon tu, mcm kasi alert, takkan tak boleh? Ingat bapak kau punya jalan ke?
Abis tak boleh tekan hon, nak tekan apa?? Tekan mak kau?
Quote rosedemon 30-11-2022 09:51 AM
samseng sgt tu ni jeni ko je yg btol ni
Quote boo06 27-11-2024 08:15 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
Quote boo07 29-11-2024 08:34 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.034578 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top