Demi menghabiskan pengajian, pengacara Hawa Rizwana, 27, sanggup meninggalkan kerjaya wartawan penyiaran di Media Prima Berhad walaupun dengan hati yang berat.
Bagaimanapun, pengorbanan itu berbaloi apabila Hawa berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Massa dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78 di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95, Ahad lalu. "Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur. Sebenarnya tak sangka dapat keputusan begitu dengan bekerja lagi. Ia bukan kejayaan secara individu saja, tapi banyak dibantu tugasan berkumpulan dan berpasangan.
"Tanpa pertolongan rakan sekuliah, tak mungkin dapat CGPA begitu. Sebenarnya yang banyak membantu adalah semester pertama kerana dapat CGPA 4. Semester seterusnya semakin mencabar dan campur-campur dapatlah 3.78. "Syukur juga ada sistem sokongan yang kuat kerana orang lain ada lagi besar komitmennya," katanya.
|
rayna_raynes replied at 29-11-2022 03:33 PM
Ini baru beauty with brain. Nak terlibat dalam bidang hiburan pun belajar tak tinggal. Takdelah alas ...
jambatannetizen replied at 29-11-2022 12:23 AM
Dia ni patut takpayah terjun bidang hiburan. Kekalkan image mcm sebelum ni. Dulu mahal dia join anch ...
bitterchoc replied at 30-11-2022 11:03 AM
Anchor sekarang gaji berapa eh? Aiols baca dedulu zaman Wan Zaleha tu 5k pun depa kira bagus da ...
ADVERTISEMENT