CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Avaa Vanja Nak Cari Suami Ikut Sunnah Rasulullah Dan Ajaran Islam, Mufti Menk Pesan Jangan Tolak Jodoh

29-11-2022 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 961| Komen: 2

Description: Kegagalan mempertahankan perkahwinan yang dibina sebelum ini tidak membuatkan pelakon Avaa Vanja serik untuk kembali berumah tangga.Sebaliknya kata Avaa atau Avaa Vanja Mohamad Ramli, 42, dia sentiasa ...
Kegagalan mempertahankan perkahwinan yang dibina sebelum ini tidak membuatkan pelakon Avaa Vanja serik untuk kembali berumah tangga.

Sebaliknya kata Avaa atau Avaa Vanja Mohamad Ramli, 42, dia sentiasa berpegang jodoh itu adalah ketentuan ditetapkan Allah dan menjadi resam hidup manusia mahu berpasangan.

Foto: IG

"Saya baru sahaja mendengar ceramah daripada Mufti Menk... katanya kita boleh berkahwin banyak kali kerana itu adalah jodoh.

"Sebab itu saya tak pernah tutup pintu hati untuk menerima kehadiran lelaki lain sebagai teman hidup.

"Kita tak sepatutnya meletakkan rasa benci dalam hati... kalau hati keras, maknanya kita berkeras dengan Allah," katanya kepada mStar.



Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga melihat kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga sebelum ini sebagai satu pengalaman untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Tidak pernah memandang soal harta atau paras rupa, Avaa sebaliknya berharap dipertemukan dengan seorang lelaki budiman dan mengamalkan ajaran Islam dengan baik agar dapat membimbing dirinya dekat kepada Allah.



"Apa yang terjadi sebelum ini adalah kisah lama dan ia menjadi satu pengalaman dalam hidup saya. Saya tidak boleh nak menafikan jika kembali bertemu jodoh selepas ini.

"Kalau ada yang mahu dekat, apa salahnya. Kali ini saya mencari seorang yang mengikut sunnah Rasulullah dan ajaran Islam dengan baik," katanya.



Avaa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aamil Sulaiman pada 2011 dan pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 7 Februari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleena yang kini berusia 10 tahun.



Bercakap tentang anak mereka, Avaa memberitahu dia diberikan hak penjagaan sepenuhnya sejak dua bulan lalu dan bekas suami hanya mendapat hak lawatan.

"Memang dia boleh berjumpa anak, namun itu terpulang kepada Maleena. Sekarang anak pun tak nak jumpa dia. Lagipun bekas suami diberikan perintah sekatan supaya tidak boleh mendatangkan apa-apa gangguan terhadap kami.

"Segala isu perceraian di mahkamah syariah sudah selesai. Sekarang ini yang masih berjalan adalah kes mahkamah sivil di mana dakwaan dia memukul saya," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-11-2022 01:23 PM
Semoga yg baik2 aja buatmu. Carik suami yg bukan kaki pukul ye
Quote rosedemon 30-11-2022 10:07 AM
carila elok2 dekk. jgn asal berlaki

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.040659 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top