CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dapat Job Sebab Kabel? Ahirine Ahirudin Dikutuk Berlakon Kayu

29-11-2022 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4505| Komen: 28

Description: “Saya terima semua kecaman dengan hati yang terbuka dan berusaha meningkatkan kualiti lakonan.”
“Saya terima semua kecaman dengan hati yang terbuka dan berusaha meningkatkan kualiti lakonan.”

Demikian kata-kata pelakon baharu, Ahirine menjawab tentang kualiti lakonannya yang disifatkan kaku atau kayu dalam filem terbaharu, Remp-It 2.


Ahirine atau nama sebenarnya, Ahirine Ahirudin menjelaskan, demi memantapkan lakonan, dia sedia menjalani kelas atau latihan intensif selama setahun.


Foto: IG

“Saya memang sangat baharu dalam bidang lakonan. Sebelum ini atas motor sahaja pakai helmet tapi saya akan ambil maklum balas daripada semua orang. Negatif atau positif, saya akan tingkatkan lakonan dengan sertai banyak kelas (lakonan).


“Disember ini saya sertai kelas lakonan. Saya ambil (kelas lakonan) yang setahun punya. Ada beberapa opsyen tetapi sekarang saya dah daftar bawah Revolution Stage (RS). Pada masa sama, akan cari yang lain juga untuk teater dan lakonan juga,” katanya kepada Kosmo! Online.



Ditemui usai tayangan perdana filem Remp-It 2 arahan Farid Kamil baru-baru ini, Ahirine ketika ditebak pertanyaan hanya bersandarkan rupa paras yang cantik dan berstatus anak kepada orang kenamaan iaitu Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger ‘Rocky’s Bru’, Ahirie mempunyai jawapan tersendiri terhadap persoalan yang diajukan tersebut.


“Bagi saya, sebenarnya saya tak rasa pun yang saya ini cantik sebab itu macam kadang-kadang saya rasa, saya terlalu ‘jantan’.

“Jadi, saya tak rasa disebabkan saya ini cantik, saya mudah dapat itu ini semua. Tapi, saya berterima kasih kepada mereka yang rasa cantik,” ujarnya yang mengisi kekosongan ditinggalkan oleh pelakon hebat Nabila Huda melakonkan karakter Roy dalam Remp-It 2 secara kebetulan.




Sebelum Remp-It 2, Ahirine pernah muncul dengan beberapa filem lain seperti Gol & Gincu Vol.2 dan Gadis Jolobu The Movie juga mendapat kecaman hebat daripada netizen yang rata-rata menyifatkan lakonannya ‘kayu’. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-11-2022 01:35 PM
Ingatkan sebelum shooting pi kelas lakonan.. Baru nak masuk kelas rupanya..

Anyway, perempuan kalau nak tau dia rasa dia cantik or tak, tengok mcmana dia post gambar dia kt socmed.

Kalau post gambar pon seboleh2nya nak tnjuk sisi cantik dia, maknanya dia rasa dia cantik.. Tak yah la acah2
Quote dani-rox 29-11-2022 01:52 PM
brp umur nih? mcm baru abis spm jah
Quote Mooverine 29-11-2022 04:04 PM
nama betul dia ke nama glamour tu? kalau nama betul kesiannya.. buruk saya rasa ..
Quote Sunkiss8999 29-11-2022 04:13 PM
Mooverine: nama betul dia ke nama glamour ...
kannn..macam orang sengau sebut..cuba awk sebut nama dia sambil buat suara sengau..teringat si joey dalam cerita mamat khalid tu..hihihi
Quote SonicSiLandak 29-11-2022 04:19 PM
@tagas

gas masuk gas

review gas

waaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah

Quote SonicSiLandak 29-11-2022 04:21 PM
laaaaaaaaa
anak ahirudin atan

patut laaaaaaaaaaaaaaaa
Quote juruterra 29-11-2022 04:36 PM
anak rocky bru kan...apaknya terpaling liberal
Quote September14 29-11-2022 04:41 PM
X cantik lpstu kayu? Klu cntik kayu ok lagi lah
Quote tagas 29-11-2022 06:12 PM

Begor mcm jantan jahh
tak selevel sofia albarakbahaha
Quote Aikiko 29-11-2022 08:11 PM
Iras fatin fifah versi upgrade
Quote virgocircus 29-11-2022 08:21 PM
Umo brp ni dik? Huntong dak2 ade rupa muda2 dpt main character. Sama mcm thai lakorn. Pelakon watak utama muka jambu2 semua.
Quote sharlenetexas 29-11-2022 11:10 PM
Who ayussss?

Quote dudaberhias 30-11-2022 01:02 AM
sah2 la sebab kabel... nak habiskan geran finas katanya kan... lain2 balance masuk poket la apa lagi
Quote dudaberhias 30-11-2022 01:03 AM
btw tengok video shooting tu pun kaka dah boleh agak betapa hauknya cinematography filem ni nanti... macam biasa baik tengok filem 3D atau pasal binatang kat wayang tu... lebih berair dan kagum gittuhh...
Quote ayra.e 30-11-2022 01:25 AM
Tidak ku kenal
Quote I.K.A888990 30-11-2022 02:22 AM
sapa hang pn aku tak tau wei
Quote Cleocatra 30-11-2022 02:37 AM
juruterra replied at 29-11-2022 04:36 PM
anak rocky bru kan...apaknya terpaling liberal

Iyer anak sulung dia. Memang liberal. Awek ke bini baru (tak pasti) paknya, lawyer dah pencen, walaupun nampak masih muda lagi. Wine macam minum air jah..Set ni english macam air terjun. Dulu dia editor NST. Tak terbanding english neelopak
Quote DeLuna85 30-11-2022 03:06 AM
Kemain span kau
Quote DeLuna85 30-11-2022 03:08 AM
Cleocatra replied at 30-11-2022 02:37 AM
Iyer anak sulung dia. Memang liberal. Awek ke bini baru (tak pasti) paknya, lawyer dah pencen, wal ...

Lopa tu walaupun 9A tapi rasanya Tak pandai speaking. Sebab Tak pernah dengar. Kalau pandai mesti memanjang speaking tu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.084287 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top