Nama pelakon remaja, Qistina Raisah sebelum ini hangat diperkata netizen yang membuat spekulasi dia menjalin hubungan percintaan bersama seorang lelaki yang lebih berusia daripadanya ekoran memuat naik gambar bersama di dalam sebuah kereta.
Namun, menerusi temu bual bersama Melodi, kelihatan Qistina bersama ibunya enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki berkenaan.
Apabila ditanya hubungan sebenar antaranya dan lelaki terbabit, Qistina sekadar menjawab 'Biarlah rahsia.' Menjawab persoalan ramai mengenai jarak usia antara mereka, Qistina menjelaskan ia perkara biasa. "Kalau nak tahu, dia (ibu) masa Tingkatan Dua dulu pun pernah bercinta dengan orang 21 tahun tau. Benda tu tak ada apa pun," ujarnya. Kredit video: YouTube Sementara itu, ibu pelakon remaja berusia 14 tahun berkenaan memaklumkan dia tidak kisah tentang penilaian orang ramai mengenai gambar anaknya itu dengan lelaki terbabit. Dia sebaliknya sentiasa mendoakan agar anak-anaknya dihindari dari fitnah. - CARI |
ADVERTISEMENT