CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Harga Jatuh- Tergamak Sorok Telur, Bakar Anak Ayam!

29-11-2022 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1921| Komen: 19

PETALING JAYA – ­Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan agar mengambil serius dalam mena­ngani isu bekalan makanan di­sebabkan oleh kawalan kartel.


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kemungkinan bekalan itu disorok dan disimpan selama ini ada, kerana mereka ini adalah ‘gergasi’ dalam industri dan boleh berbuat apa sahaja yang mereka inginkan.


Foto: Kosmo

“Bekalan itu memang sudah ada, tetapi kena sorok, simpan atau jual dekat orang lain. Ada satu kes, anak ayam terlampau banyak, jadi mereka bakar sebab takut harga jatuh. Tiada siapa ambil tindakan atas perbuatan zalim ini,” katanya ketika dihubungi ­Kosmo! semalam.


Jelasnya, Malaysia sudah terlalu lama terpengaruh dengan kartel yang mengawal dan memainkan peranan berterusan membuatkan bekalan makanan seperti telur, ayam dan minyak peket tidak stabil.

“Bekalan makanan pun bukan boleh disimpan dalam masa yang lama, jadi pihak yang ‘menyimpan’ barang-barang tersebut, lepaskan dalam pasaran untuk buat duit,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, masalah sorok bekalan itu mungkin ada tetapi tidak semua.

“Semua pihak harus memainkan peranan penting dan bukannya mencari kesalahan satu pihak sahaja.

“Kita menyeru kerajaan untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menangani dan memantau isu ini,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, bekalan telur kembali stabil di pasaran namun tetap dijual pada harga mahal.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 29-11-2022 12:39 PM
harap pembangkan guna modal ini untuk serang kerajaan baru... ni asyik serang peribadi... ejen yahudilah, ejen amurika lah..  

serang betul2... biar kerajaan bertindak ke atas kartel2 jika memang mereka bertanggungjawab...

kaartel2 ni kalau kena serang takut jugak mereka kerana memahami pm sekarang ada imej gaji pun tak ambik... mcm manan nak cucuk, mcm mana nak bagi rasuah..   .. ruang untuk kartel kuasai pihak pentadbiran jadi makin kurang..

kalau tak dapat hapuskan kartel.. kerajaan kena setup sendiri penternakan.. biar pekerjanya adalah pekerja gomen, tak perlu ramai orang... mesti ramai yang nak kerja... biar kerajaan ada modal kukuh untuk goyangkan kartel kartel ni.. ni modal kerajaan lama cuma sabsidi, yang untung kartel2  ni juga..
Quote sangbara2020 29-11-2022 12:57 PM
tmpt aku gred A rm15.aritu la...ni lom bli lg
Quote kelana36 29-11-2022 01:07 PM
Di sorok, di simpan, tal jadi telur tembelang ker?
Quote Kitty_catz 29-11-2022 01:09 PM
yg kata atas kucar kacir lagi rebut jawatan

yg kat bawah2 ni korang kucar kacirkan dgn telur tembelang

ayoyo karawaleeeee


Quote Perawankota 29-11-2022 01:42 PM
Tengok kawan2 dok Tanya kat mana Boleh beli telur pukal.. kesian dekat org yg buat business
Quote ina_na 29-11-2022 01:46 PM
Mls aku nk beli telur ayam lg skrg ni..dah lama ssh nk jumpa telur ayam..ayam pulak jual bapak gemuk..sudahnye X yah mkn ni dl..anak2 pun dah boleh terima x makan ayam,telur..
Quote terma2nkondisi2 29-11-2022 01:47 PM
plywood replied at 29-11-2022 12:39 PM
harap pembangkan guna modal ini untuk serang kerajaan baru... ni asyik serang peribadi... ejen yahud ...

sistem semak dan imbang dah jadi sekadar sembang je

semak + imbang = sembang

masalah2 yg ada ni dan penyelesaian2 yg diambil nanti akan dispin oleh politikus2 utk upkan populariti masing2 utk jadi juara di mata rakyat... takpun jadi modal kempen utk terus kekalkan jawatan dan kuasa pada penggal seterusnya

baidewei, cakap pasai tulur... gomen2 dulu teda tulur nak cekup jho low.. taktaw la gomen baru ni ada tulur kaa tada tulur nak cekup babi gemok sekor tu
Quote lightheaded67 29-11-2022 01:55 PM
politik dan media tak lari jauh. dorg feed, dorg jugak yg spin. tokok tmbah tukar tukar isu jah. dri dulu mcm tu.
Quote Highflyer19 29-11-2022 01:58 PM
plywood replied at 29-11-2022 12:39 PM
harap pembangkan guna modal ini untuk serang kerajaan baru... ni asyik serang peribadi... ejen yahud ...

Setuju…idea yg bernas
Quote epullipan 29-11-2022 03:43 PM
harap apa yg DSAI bagitau tu kasi jadi..hapuskan kartel
Quote AbukRokok 29-11-2022 04:09 PM
boikot makan telur dan daging
ajar peniaga tamak
start makan serangga dan ulat
sejajar dengan saranan WEF.
Quote dekmieDandy 29-11-2022 05:19 PM
kelana36 replied at 29-11-2022 01:07 PM
Di sorok, di simpan, tal jadi telur tembelang ker?

itu yang bila release banyak-banyak, dia tulis kena makan dalam masa smeinggu je, kalau tak dah busuk
Quote CiliPadiSedap 29-11-2022 05:36 PM
plywood: harap pembangkan guna modal in ...


Yang ni baru cerdik harap iq wak cirit dan pencacai janda baik tiada ilmiah
Quote imanjannah 29-11-2022 05:45 PM
ok saya percaya pm10 dan ahli kabinetnya akn berjaya menyelesaikan isu kartel2 ni, setelah berpuluh tahun, inilah masanya kerajaan Anwar akan menegakkan kebenaran
Quote namieamuro 29-11-2022 05:49 PM
dh keluar berite kn dorg2 ni kene denda dah. adan uke. buat la lagi.
Quote Rdizz 29-11-2022 06:08 PM
plywood replied at 29-11-2022 12:39 PM
harap pembangkan guna modal ini untuk serang kerajaan baru... ni asyik serang peribadi... ejen yahud ...

Ya setuju elok sgt kerajaan yg setup pusat pemprosesan telur, bagi peluang kerja sama pd ank2 muda. Harga boleh kawal dgn mudah.

Mcm dulu plan dah elok sgt projek NFC, kerajaan salur modal juta2 utk produce daging segar yg murah. Tgk apa jadi dgn geng sakau akhirnya bela lembu dlm kondo. Sekarang harga daging lembu punya mahal sekilo. Bahana pilih org yg tidak amanah jadi muntri dan kerajaan, asyik jeling mata tgk dekat mana nk songlap.
Quote rosedemon 30-11-2022 09:50 AM
besela permainan kartel2 ni
Quote boo06 27-11-2024 08:15 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
Quote boo07 29-11-2024 08:35 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.115615 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top