CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tertekan Tak Dapat Turunkan Berat Badan, Farez Adnan Nekad Jalani Prosedur Gastric Balloon

28-11-2022 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5599| Komen: 64

Penyanyi Farez Adnan nekad menjalani prosedur gastric balloon dengan kos RM15,000 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, selepas tertekan akibat tidak dapat menurunkan berat badan.


Farez, 27, atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan Adnan berkata, menambahkan lagi tekanan itu apabila dia perlu memenuhi kehendak pasaran industri hiburan tanah air yang mana perlu memiliki fizikal menarik atau kurus.


IG Farez

"Sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, berat saya naik 20 kilogram (kg). Selepas itu, saya berdiet dan dapat turunkan 18 kg. Kemudian, PKP sekali lagi dan berat naik semula.

"Saya ambil keputusan berjumpa doktor dan saya diberikan ubat bagi membantu mengurangkan berat badan, tapi ketika PKP terakhir, berat naik hingga mencecah 125 kg dan hingga sekarang sukar nak turun.


"Diakui, menjadi artis memang kena memiliki penampilan menarik, disebabkan itu, saya menjadi tertekan. Malah, majikan di syarikat rakaman pun mencadangkan saya untuk kuruskan badan sebelum single baharu dilancarkan. Jadi, saya berjumpa doktor dan mendapatkan khidmat nasihat," katanya.

Menurutnya, dia dicadangkan untuk membuat prosedur potong usus atau bariatrik tetapi sebab usia masih muda, doktor mencadangkan pula prosedur gastric balloon.

"Saya pun berbincang dengan kedua ibu bapa, dan mereka menyerahkan kepada saya. Akhirnya, saya nekad dan prosedur dijalankan pada Jumaat lalu.

"Prosedur hanya mengambil masa dalam 20 minit dengan memasukkan 'balloon' bersaiz 550cc dari mulut," katanya.

Menurut Farez, keputusan itu dibuat sebagai usaha untuk menempatkan dirinya dalam industri hiburan tempatan.


IG Farez

Menurutnya, dia juga mengalami masalah pemakanan iaitu 'eating disorder' yang membuatkan dirinya sentiasa berselera dan makan tidak berhenti.

"Selain faktor untuk menjaga penampilan, saya juga ada masalah kesihatan lain. Selepas kemalangan pada Julai lalu yang mengakibatkan tulang ekor patah, saya perlu mengambil ubat tahan sakit.

"Sejak itu berat badan naik mendadak ditambah pula saya mengalami masalah pemakanan 'eating disoder'. Saya sentiasa lapar dan kalau makan tu susah nak berhenti.

"Kalau masalah ini tidak ditangani, ia pasti mendatangkan kemudaratan pada diri. Sampai satu tahap, saya akan memuntahkan semula makanan. Itu sebab saya buat prosedur ini yang mana antara usaha saya untuk kuruskan badan," katanya.

Dia berkata, sebelum itu, dia memang sudah bersedia dengan segala risiko.

Menurutnya, hasil daripada prosedur itu boleh dilihat dalam tempoh sebulan hingga dua bulan.

"Buat masa sekarang saya dinasihati untuk tidak makan makanan berbentuk pepejal. Kalau tidak, saya akan muntah.

"Minum air pun sikit saja dan boleh kenyang, jadi sepanjang sebulan ini saya boleh kawal pemakanan. Cuma rasa letih, sebab makanan tidak cukup dalam badan," katanya.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 28-11-2022 05:06 PM
Banyaknya modal jadi artis
Quote dudaberhias 28-11-2022 05:11 PM
dari penat2 ko perabih untuk turunkan berat badan tu dikkk baik ko guna saving tu untuk buat plastic surgery dekat hatyai... naik je train tambang murah takpun tido je kat lantai...

cuba la consult doktor plastic surgery dan tanya apa yang kena adjust... hidung ke atau mata... kalau kaka... kaka suruh doktor tu tampal muka orang lain terus... agittewww...
Quote nena9042 28-11-2022 05:12 PM
Hosp tuanku mizan tu bukan strictly for army personnel je ke?
Quote mongoose_kidz 28-11-2022 05:17 PM
Dia ni kan dlm tiktok yg selalu mengusik mak dia tu...baik budaknya...smg berjaya mengejar cita2
Quote akuHavocczz 28-11-2022 05:19 PM
Baik kau tengok kerjaya kau meriah ke sendu. Kalau sendu tak yah lah nak bazir sangat.
Quote Carcosa 28-11-2022 05:56 PM
Lohhhh. Dia ni retis keeee? Aku idok ller tahu. Tapi video dia byk la lalu lalang dkt TikKetok. Dia selaku ngusik mak dia. Aku ingat rakyat marhaen jah, sbb muka pun marhaen. Oooooo penyanyi keee.
Quote slyfynx 28-11-2022 06:07 PM
Last2 amik jalan mudah.
Alasan sbb retis.
Satgi kalau penyakit x diundang datang....
Quote belacan_gurl 28-11-2022 06:19 PM
Kalo kurus muka tak hensem sama je moks oiii
Quote Tembikaigoreng 28-11-2022 07:28 PM
Carcosa: Lohhhh. Dia ni retis keeee? Ak ...


Budak Akademik Fantasia LOL
Quote flipolivio 28-11-2022 07:44 PM
dudaberhias replied at 28-11-2022 05:11 PM
dari penat2 ko perabih untuk turunkan berat badan tu dikkk baik ko guna saving tu untuk buat plastic ...

mata pon boleh adjust ke kaka dud? igtkan hidung je..mata boleh surgery bagi lagi besar ke?
Quote Budakmomok 28-11-2022 07:48 PM
Gudluck dik demi cita-cita
Quote doubleharmonic 28-11-2022 08:39 PM
whoareyousss
Quote imransulaiman 28-11-2022 09:00 PM
belacan_gurl: Kalo kurus muka tak hensem sam ...


Hahaha aku setuju. Pakej pula dengan gemalai....emmmm baik cari kerja tetap
Quote lazim 28-11-2022 10:23 PM
Bdk af ni.. masa af dia aku masih tgk cuma tak tahu la af berapa. Mcm pnh masuk i can see your voice jgk
Quote Kampungpeoplesz 28-11-2022 10:38 PM
Semoga berjaya la hendaknya
Quote ina_na 28-11-2022 10:42 PM
Buat rugi je.. tgk Dr Aisyah tu..awal2 leh bangga la berat turun..skrg ni berat pun dah naik..duk cucuk benda ape tah X nk bg berat naik.
Quote MisXoXo 28-11-2022 10:45 PM
Bdk ni bagus..usik mak dia areetiss areetis...semoga terus suksess dik..sekali dia usik mak dia..hambek kena maki..kelakooo..all the best dik
Quote Orix 28-11-2022 10:46 PM
Edited by Orix at 28-11-2022 10:48 PM

iols je ke rasa nk kurus ni benda plg senang... iols kalau buat IF n makan one meal a day, dlm ms 2 mggu boleh drop 4-5kg... cuma masa puasa remdan je tak mampuuu sbb byak sgat juadah sedap2 chuolsssssssssssss
Quote alien88 28-11-2022 11:45 PM
kenapa muda2 lagi nak buat Gastric Balloon? try la exercise dulu or jaga makan
tak dinafikan industry seni dkt Malaysia ni mmg pandang rupa & fizikal tp kalau lagu uolls best, insyaAllah akan ada peluang

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.036629 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top