CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kayuh Basikal Bawa Keranda Kaedah Pengebumian Mesra Alam

28-11-2022 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 703| Komen: 2

Seorang wanita, Isabelle Plumereau berbasikal mengelilingi Paris pada musim luruh, baru-baru ini, dengan menggunakan basikal dilengkapi keranda yang diharap akan membawa cara baharu lebih 'hijau' untuk mengendalikan pengebumian di ibu kota Perancis itu.


Pengebumian yang lebih senyap dan mementingkan alam sekitar adalah satu trend yang belum popular, tetapi ia semakin berkembang.

Plumereau berkata, mengangkut keranda dengan basikal yang direka khas boleh memberikan kadar yang lebih murah untuk kos pengebumian.


AFP

Walaupun kaedah inovatif itu sudah wujud di beberapa negara lain termasuk Switzerland dan Denmark, basikal uniknya akan menjadi yang pertama di Perancis untuk usaha berkenaan, menurut wanita berusia 51 tahun itu.


"Bagi saya, masuk akal untuk menggabungkan basikal dan keranda.

"Semua orang berjalan pada rentak yang sama (di belakang kereta jasad basikal) dan kami mendengar satu sama lain, kami mendengar bunyi alam di sekeliling kami, angin di dalam pokok, burung. Pada pandangan saya ini adalah cara terbaik untuk menghiburkan diri sendiri." katanya.

Plumereau berkata, dia sudah mempunyai kebenaran rasmi untuk menggunakan basikal kerandanya selepas menyesuaikannya dengan peraturan Perancis dan hanya menunggu lampu hijau daripada syarikat insuransnya untuk bermula.

Orang ramai yang lalu lalang memandang ke arah basikal hitam dan kayu itu, ada antara mereka yang tertarik, tidak semua yakin.

"Ia agak inovatif," kata Elyes Meziou yang berusia 49 tahun sebelum menambah dia tidak mahukannya untuk pengebumiannya sendiri.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo06 27-11-2024 08:19 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
Quote boo07 29-11-2024 08:38 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.082860 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top