JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia melepaskan bayi dalam dukungannya secara tidak sengaja kerana panik untuk menyelamatkan seorang lagi anaknya yang terjun ke dalam sungai secara tiba-tiba, lapor laman berita Tribunnews.
Video memaparkan kejadian tersebut dimuatnaik dalam akaun Instagram @memomedsos. Rakaman dari televisyen litar tertutup (CCTV) itu memaparkan seorang wanita dan dua anaknya berada di tebing sungai. Wanita itu bermain bersama anak-anaknya dengan mencelupkan kaki bayinya ke dalam air dan mengangkatnya semula. Seorang lagi anaknya kelihatan berdiri di sebelah wanita berkenaan.
Kanak-kanak tersebut dilihat memerhati ke arah sungai ketika ibunya bermain dengan adiknya. Tidak lama selepas itu, dia secara tiba-tiba terjun ke dalam sungai. Si ibu dilihat panik lalu melepaskan bayi yang digendongnya sebelum terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya. Bayi itu dilihat jatuh ke atas jalan dalam keadaan tertiarap.
|
ADVERTISEMENT