CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Sorokkan Mayat Anak Perempuan Usia 15 Bulan Dalam Bekas Kimci

27-11-2022 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1889| Komen: 12

SEOUL – Sepasang suami isteri di Korea Selatan ditahan kerana disyaki menyembunyikan mayat bayi perempuan mereka di dalam sebuah bekas kimci yang kecil selama tiga tahun di bandar Pocheon, lapor akhbar Daily Star.


Bayi itu meninggal dunia pada usia 15 bulan tetapi ibu bapanya tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kematiannya.

Perbuatan itu hanya disedari kerana mereka didapati gagal mendaftarkan bayi itu dalam senarai kemasukan ke prasekolah.



Gambar Hiasan

Anak mereka juga didapati kurang menjalani pemeriksaan doktor sehingga mencetuskan curiga dan menyebabkan pihak berkuasa tempatan bertindak.


Namun selepas ditahan, si ibu menafikan bahawa anaknya itu telah meninggal dunia, sebaliknya mendakwa dia ditinggalkan di jalanan.

Si bapa yang berusia 29 tahun itu pula ditahan selama dua hari selepas para penyiasat menemui mayat anaknya itu di dalam bekas kimci yang hanya berukuran 34 sentimeter (sm) panjang, 24 sm lebar dan 17 sm tinggi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 26-11-2022 11:43 PM
Xphm la 15 kan bsr jgk. Macam mn muat dlmbks tu.  Tulangnya mana
Quote CARI-MRO 27-11-2022 12:39 PM
SEOUL – Sepasang suami isteri di Korea Selatan ditahan kerana disyaki menyembunyikan mayat bayi perempuan mereka di dalam sebuah bekas kimci yang kecil selama tiga tahun di bandar Pocheon, lapor akhbar Daily Star.


Bayi itu meninggal dunia pada usia 15 bulan tetapi ibu bapanya tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kematiannya.


Perbuatan itu hanya disedari kerana mereka didapati gagal mendaftarkan bayi itu dalam senarai kemasukan ke prasekolah.






Gambar Hiasan




Anak mereka juga didapati kurang menjalani pemeriksaan doktor sehingga mencetuskan curiga dan menyebabkan pihak berkuasa tempatan bertindak.


Namun selepas ditahan, si ibu menafikan bahawa anaknya itu telah meninggal dunia, sebaliknya mendakwa dia ditinggalkan di jalanan.


Si bapa yang berusia 29 tahun itu pula ditahan selama dua hari selepas para penyiasat menemui mayat anaknya itu di dalam bekas kimci yang hanya berukuran 34 sentimeter (sm) panjang, 24 sm lebar dan 17 sm tinggi. – CARI


Sumber: Kosmo
Quote ReginaGeorge 27-11-2022 01:07 PM
Adakah berlaku sebarang penderaan sebelum bayi mati[em:11:]
Quote intan244 27-11-2022 04:04 PM
dipotong-potongkah maknanya.
Quote sukacactus 27-11-2022 04:18 PM
Diperam dgn kochukaru, bawang segala ke mcm buat kimchi tu…ye la kot nak tutup bau mayat tu kan
Quote sambaldurian 27-11-2022 10:41 PM
Jpn sana rajin cross check dgn daftar kemasukan pendidikan eh. So klu cross check eh knp bdk nama ni lahir tahun sekian2 xde dlm rekod sekolah kena cari parents. Sini jenuh la klu gitu, dgn acah2 klu hantar g sekolah anak x sempat solat la, homeschool lg.
Quote SonicSiLandak 27-11-2022 10:45 PM
bangsa etis
Quote gideoncross 28-11-2022 12:48 AM
Mnyeramkan, d msukkn dlm jar utk simpan Kimchi.
Quote I.K.A888990 28-11-2022 01:54 AM
busuk sungguh hati mak bapak
Quote Page88 28-11-2022 02:03 AM
Some people don't at all deserve to be parents!!!
Quote ellejo 28-11-2022 02:28 AM
dr. baek beom sila bedah baby ni
Quote Raline 28-11-2022 12:25 PM
[Dunia] Suami isteri didakwa simpan mayat bayi dalam bekas kimci
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5112016&extra=
Post time 26-11-2022 11:21 PM


dah ada

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.085640 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top