CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lahir Dengan Dua Alat Sulit Berbeza, Terpaksa Buka Pangkal Rahim Suapaya Seks Tak Menyakitkan

27-11-2022 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2235| Komen: 17

Seorang individu dari Australia yang dilahirkan khunsa tampil berkongsi kisah hidupnya yang memiliki dua kemaluan sejak bayi.

Dikenali sebagai Blume, dia yang menetap di Melbourne mengakui banyak berdepan cabaran kerana dilahirkan dengan kedua-dua buah zakar serta faraj.

Ketike membesar, Blume menganggap dirinya sebagai seorang perempuan sebelum mengetahui bahawa dia khunsa pada usia 16 tahun.

Menurut penjelasan doktor, Blume dilahirkan dengan gabungan ciri biologi lelaki dan perempuan.


Foto: Daily Star

Terbaharu, Blume tampil menerusi siaran podcast I've Got News For You untuk News Au, bercerita mengenai pengalaman serta perancangan masa depannya.

Dedah Blume, dia tidak pernah menjalani sebarang pembedahan dan tidak merancang untuk membuang kedua-dua alat kelamin itu pada masa akan datang.

"Saya tidak menjalani sebarang pembedahan. Saya boleh bedah untuk buang tetapi saya ambil keputusan untuk mengekalkannya kerana dua alat kelamin itu hanya menjalankan 'tugas' mereka," ujarnya.

Bagaimanapun, dia menjalani prosedur dilation untuk menjadikan seks kurang menyakitkan selepas memilih untuk tidak menukar alat kelaminnya.

Menjelaskan apa itu dilation, Blume berkata ia merupakan proses membuka pangkal rahim (servik), sekali gus menjadikan proses hubungan seks tidak menyakitkan untuknya.

"Selepas proses itu, saya dapat melakukan hubungan heteroseksual. Ia seperti agak menyakitkan pada mulanya. Sekarang semuanya baik-baik saja. Saya mengandaikan ia berasa sama seperti wanita biasa," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 27-11-2022 12:30 PM
Dua alat sulit berbeza adakah alat sulit saling berkerjasama?
Quote Solokkk 27-11-2022 12:32 PM
Ini baru betul, boleh pilih nak jadi pompuan. Bukan macam jantan sajat tuh
Quote makiting 27-11-2022 12:36 PM
Dulu tahun 70an dan awal 80an masa kak sekolah, ada sorang senior ni mcm tu gak.. perwatakan jantan.. tp p skul pakai tudung.. mak dia kata alat kelamin anak dia ada 2.. so mak dia nak sgt anak tu jd pompuan.. tp jiwa anak tu ke jantan.. kesian budak tu terpaksa ikut hasrat mak dia.. xtau la skrg ni dia dah jd jantan ke still kena jd pompuan
Quote Aikiko 27-11-2022 02:05 PM
Yg ni mcam pilih utk jadi bisexual, so boleh sedap dua2
Quote kelapaparut 27-11-2022 02:09 PM
sajat mcm ni ke, atau kategori perempuan berloceng.
Quote Skuau 27-11-2022 02:10 PM
makiting replied at 27-11-2022 12:36 PM
Dulu tahun 70an dan awal 80an masa kak sekolah, ada sorang senior ni mcm tu gak.. perwatakan jantan. ...

buatla..senin laki,selasa pompuan,rabu khunsa,khamis nyah,jumaat pengkid....sabtu,ahad cuti la...
Quote supernaturalee 27-11-2022 02:14 PM
Skuau replied at 27-11-2022 02:10 PM
buatla..senin laki,selasa pompuan,rabu khunsa,khamis nyah,jumaat pengkid....sabtu,ahad cuti la...: ...

Jumaat je cuti
Sabtu ahad ligat
Senin monday blues
The rest of the days, depends

Quote jihyomelly 27-11-2022 02:20 PM
ni betul2 khunsa so xleh nak kecam..mcm susu sejat wanita berloceng yg dah buang loceng tu xde maknanya khunsa..dari berloceng buang abis punya nak jd pompuan
Quote Suchi 27-11-2022 02:43 PM
Ngeri plak tp ok la kot. Pangkal rahim aka serviks aka batu meriyan tu yg selalu doc buat ve nak cek dh berapa bukaan.
Kiranya dia ada kotey dan cik pet juga la kan.
So leh guna dedua amboiihhh tak aci tul.
Quote Suchi 27-11-2022 02:46 PM
CiliPadiSedap replied at 27-11-2022 12:30 PM
Dua alat sulit berbeza adakah alat sulit saling berkerjasama?

Hurmm seksa gak kalau dedua turn on, maksud iols masa dia tgh jadi wanita cemana nk buat kalau alat satu lg menegang dan mengeras?

Quote pooh~key 27-11-2022 02:46 PM
Akak selalu tertanya-tanya in case akak khunsa dek. Akak tak tahu nak pilih jadi lelaki ke nak pilih jadi perempuan sis.
Quote SonicSiLandak 27-11-2022 03:04 PM
rider gay pondan pedo etis berkulop kecewa akan nasib dirinya

prfffffffffffffffffffffffffght

Quote Sazreena 29-11-2022 06:17 AM
Mana yg lagi stim..itu yg patut ko pilih.
Quote sangbara2020 29-11-2022 08:50 AM
so xyah ada jantan la kan....siok sndri jek le
Quote shernazz 29-11-2022 09:39 AM
pooh~key replied at 27-11-2022 02:46 PM
Akak selalu tertanya-tanya in case akak khunsa dek. Akak tak tahu nak pilih jadi lelaki ke nak pilih ...

Amek jelah dua dua kak..
Senang....
Quote pooh~key 29-11-2022 09:53 AM
shernazz replied at 29-11-2022 09:39 AM
Amek jelah dua dua kak..
Senang....

Kohkohkohkohkoh agitchew sisterrr…
Quote boo06 27-11-2024 08:20 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.161825 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top