CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Bayangkan Anwar Ibrahim Dan TMJ Pakai Jersi Bola Selfie Dalam Stadium

27-11-2022 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1038| Komen: 3

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Sabtu.

Perkara itu dikongsi sendiri menerusi laman Twitter TMJ, kira-kira pukul 5.09 petang tadi.

"DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim terima mengadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama YAM Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang hari ini. Allah Peliharakan Sultan," tulis keterangan pada perkongsian itu.


Foto: Twitter

Posting itu turut disertakan dengan beberapa keping foto sekitar pertemuan berkenaan.


TMJ pada Khamis lalu turut memuat naik ciapan di Twitter, mengucapkan tahniah atas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri baharu.

Untuk rekod, Anwar memulakan tugas hari pertama sebagai Perdana Menteri ke-10 di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya pada Jumaat.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis, 24 November.



Sementara itu rata-rata netizen gembira dengan hubungan baik antara Anwar dan institusi diraja.

“Kalau nak terus memenangi hati rakyat, sama-sama berganding bahu dengan Raja-Raja Melayu. Sentiasa rapat dan update. InsyaAllah disukai ramai.

“Kegembiraan dapat dilihat daripada pandangan mata TMJ dan jabat tangannya dengan Anwar.

“Kita dah boleh bayangkan dah ni Tuanku @HRHJohorII pakai jersi JDT dengan PM10 @anwaribrahim pakai jersi Selangor selfie sama-sama dekat stadium,” demikian kata sebilangan netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 27-11-2022 12:58 PM
bongoklah yang suruh bangnon pakai jersi Selangor tu. why sebab rumah dia kat Kajang?

bila dah menang ni baru kita nampak berapa ramai yang di 'atas' tu actually senyap2 gang bangnon ni. Tunggu yg lelain keluar lemari.

Quote supernaturalee 27-11-2022 02:11 PM
Mls nk komen psl ngadap2 ni
Tp nk kata cantik baju dsai

Quote boo06 27-11-2024 08:20 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.040211 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top