CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemain Bola Selamba Keluarkan Alat Sulit, Kencing Tepi Padang

27-11-2022 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1569| Komen: 7

Bekas pemain bola sepak Amerika Syarikat (AS) DaMarcus Beasley membuat 126 penampilan untuk negaranya sejak tahun 2001 hingga 2017.

Namun sepanjang kerjayanya, dia paling diingati kerana detik memalukan selepas aksi kencing di tepi padang menjadi tontonan umum.


Menerusi kejadian pada tahun 2002 ketika AS menentang Mexico semasa Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan, Beasley hanya diletakkan di bangku pemain simpanan.

Foto: Daily Star

Beasley pada waktu itu selamba mengeluarkan alat sulitnya dari sisi seluar pendek sebelum kencing di kawasan bangku pemain simpanan yang terletak bersebelahan padang.

Lebih memalukan, dia tidak sedar kamera sedang dihalakan ke arahnya sehingga video tersebut menjadi bualan ramai.


Tindakan Beasley juga dipersoalkan memandangkan dia tidak beraksi dalam perlawanan, sekali gus mempunyai banyak masa untuk ke tandas pada waktu itu.

Biarpun sudah lama berlalu, rakaman video Beasley tetap akan diulang tayang, khususnya apabila Piala Dunia diadakan.

Kini, video itu sekali lagi tular ketika Piala Dunia 2022 sedang diadakan di Qatar.

Untuk rekod, Beasley bermain untuk negaranya pada Piala Dunia 2006, 2010 dan 2014, menjaringkan 17 dalam 124 penampilan antarabangsanya.

Beasley bersara pada 2019 selepas lima tahun bersama Houston Dynamos, manakala dia bersara daripada pasukan AS pada 2017. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 27-11-2022 02:16 PM
Jijix

Tp mesti ramai acik2 forummer nk tgk kn

Quote Skuau 27-11-2022 02:18 PM
supernaturalee replied at 27-11-2022 02:16 PM
Jijix

Tp mesti ramai acik2 forummer nk tgk kn

itu kalo pompuan....
Quote Carcosa 28-11-2022 12:06 AM
Screenshot_20221128_000420_Google.jpg

Ok nah
Mungkin dia ada masalah tak boleh tahan kencing
Quote gideoncross 28-11-2022 12:07 AM

Kurex jgn trlupakan haha.
Quote SonicSiLandak 28-11-2022 12:53 AM
bangsa etis
Quote tumpanglalu74 28-11-2022 01:04 AM
najib-ahjib.gif
Quote boo06 27-11-2024 08:20 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.172532 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top