Perjalanan romantik seorang wanita Mexico berusia 51 tahun ke Peru untuk bertemu kekasih baharu bertukar tragedi apabila dia dibunuh lelaki berkenaan.
Menurut The Independent, wanita dikenali sebagai Blanca Olivia Arellano Gutierrez itu mengembara menaiki sebuah pesawat untuk bertemu teman lelakinya, Juan Pablo Jesus Villafuerte yang dikenalinya secara dalam talian selama beberapa bulan. Sejurus tiba, dia dikatakan dibunuh lelaki itu sebelum organnya dicuri dan dijual di pasaran gelap. Kehilangan wanita itu menjadi tanda tanya sehingga anak saudaranya menyuarakan kebimbangan menerusi Twitter.
Dikenali sebagai Karla, anak saudaranya menyeru bantuan orang ramai untuk menjejaki kehilangan mangsa yang sepi tanpa khabar sejak 7 November lalu. "Saya tidak sangka saya akan berada dalam situasi ini, dan hari ini saya meminta sokongan dan penyebaran untuk mencari salah seorang yang paling disayangi dan penting dalam hidup saya. "Ibu saudara saya, Blanca Olivia Arellano Gutierrez, hilang pada 7 November di Peru. Dia berasal dari Mexico, dan kami bimbang akan keselamatannya," tulis Karla di Twitter. Ketika polis menggeledah rumah yang disyaki didiami pembunuh itu, mereka mendapati terdapat kesan darah memercik di sekitar lokasi itu. Pada 9 November, nelayan tempatan melihat tubuh manusia yang dipotong terapung di lautan, berdekatan pantai Huacho sebelum disahkan sebagai mayat wanita itu. -CARI Sumber: mStar/ India Times
|
Solokkk replied at 27-11-2022 12:05 PM
Giler la.
Siap naik kapal tebang nak jumpa bf online.
jazaa100 replied at 27-11-2022 02:35 PM
Tu student upsi pi thailand nk jumpa gf online.....
Alhirnya di bunuh di sempadan laos.....
noor2 replied at 27-11-2022 12:23 PM
Realiti melambak knp nk cari online
jazaa100 replied at 27-11-2022 02:35 PM
Tu student upsi pi thailand nk jumpa gf online.....
Alhirnya di bunuh di sempadan laos.....
AJENALI replied at 27-11-2022 05:19 PM
Tahun bila kejadian arwah student ni sis?
jazaa100 replied at 27-11-2022 02:35 PM
Tu student upsi pi thailand nk jumpa gf online.....
Alhirnya di bunuh di sempadan laos.....
jazaa100 replied at 27-11-2022 06:58 PM
Thn ni dik.....
Mak & pak dia pi thailand cari.....
Sekali tau dah meninggal
ADVERTISEMENT