Elizabeth Tan mendedahkan menghadapi masalah alopesia atau keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapi sejak kecil.
Menurut Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Lizzy, dia menghidapi alopesia semenjak 2018. “Saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit. “Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopesia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar. “Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” katanya. Tidak mendedahkan penyakit yang dialami sebelum ini, Lizzy enggan meraih simpati orang ramai.
|
LadyCarefree replied at 25-11-2022 04:59 PM
mcm han byul pula gambar 1st tu
sukacactus replied at 26-11-2022 01:57 PM
Kawan adik aku ada sorang yg menghidap alopesia ni
Tp dia dah kronik la kot rambut xde, kening pun x ...
makita replied at 26-11-2022 04:07 PM
Alaaaa kesian lah. Moga Allah kurniakan kegembiraan wpon apa jua situasi. Aamiin
Prickford replied at 26-11-2022 01:22 PM
Sedara iolls penah mcm ni. Tiba2 satu part kat kepala tu bulat je takde rambut mcm tempat UFO mendar ...
ADVERTISEMENT