Kurang 24 jam selepas upacara mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi topik bualan tinggi di Twitter.
Lebih 80,000 ciapan dibuat dengan kata kunci "DSAI" dan "Wan Azizah" mengatasi senarai trend di Twitter sehingga 6 pagi hari ini. Semakan New Straits Times mendapati rakyat Malaysia aktif menciap mengenai pemimpin itu dan isterinya sepanjang malam berikutan jurang masa antara ciapan hanya beberapa saat. Ramai daripada mereka mengucapkan tahniah kepada perdana menteri serta merakamkan kesyukuran atas pelantikan itu.
Kata kunci "cuti umum" juga sohor selepas diciap lebih 30,000 ciapan. Rakyat Malaysia jelas gembira dengan pengumuman hari kelepasan am sempena pembentukan kerajaan perpaduan itu, yang membolehkan masing-masing menikmati cuti hujung minggu yang panjang. Pada sidang media pertamanya malam tadi, Anwar mengisytiharkan Isnin, 28 November sebagai cuti umum di seluruh negara. Beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negera di sini, pada 5 petang semalam. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Highflyer19 replied at 25-11-2022 11:27 AM
Habis takkan mat sabu kot…
noor2 replied at 25-11-2022 06:28 PM
Hensem jugak anwar masa muda...dah tua jauh beza pulak
noor2 replied at 25-11-2022 06:28 PM
Hensem jugak anwar masa muda...dah tua jauh beza pulak
Orix replied at 25-11-2022 06:34 PM
yg iols perasan idong dia makin besar
Orix replied at 25-11-2022 06:34 PM
yg iols perasan idong dia makin besar
supernaturalee replied at 25-11-2022 08:43 PM
Hidung dgn telinga organ yg akn terus membesar
That's why org tua nmpk ketara hidung kembang, telin ...
Perwira2022 replied at 25-11-2022 06:37 PM
Geng LGBT happy sangat sekarang ni
cmf_jeangrey replied at 25-11-2022 07:06 PM
Mmg dari dulu 2 sosok ni, Tun M dan DSAI sentiasa jadi tarikan foreign media...yg lain2 who r yus ...
ADVERTISEMENT