Selepas negatif Covid-19, penyanyi Mafarikha Akhir atau Mafa, 29, kini terpaksa bertarung dengan jangkitan kuman di paru-paru selain sudah lebih sebulan ditahan di hospital.
Mafa berkata, terdapat cecair terkumpul di bahagian kanan paru-parunya. Untuk mengeluarkan cecair itu dan proses sembuh, badannya terpaksa ditebuk dua lubang di depan dan belakang. "Masa hari pertama kena tebuk, terdapat 3.2 liter cecair keluar. Ia berterusan dan sehingga kini dan saya rasa sudah lebih empat liter cecair dikeluarkan. Bila terkena penyakit ini, paru-paru memang akan ada parut dan ambil masa lama untuk pulih.
"Paru-paru saya tidak lagi macam orang biasa lain yang sihat. Bila sudah ditebuk untuk keluarkan air, ada kemungkinan untuk angin pula masuk. Prosedurnya mudah tapi semua dibuat dalam keadaan sedar. Memang sakit sangat," katanya. Penyanyi lagu Angin itu mengakui tidak pernah menyangka dia akan ditimpa dugaan besar itu. Namun, dia positif dan menikmati setiap hari dilaluinya sekarang.
|
Fly_over replied at 24-11-2022 05:03 PM
gws. gmbr she kt hospital x mekap tu cantik
darkness replied at 24-11-2022 09:09 PM
Cantik tanpa mekap
akuHavocczz replied at 24-11-2022 04:48 PM
rasanya sebab covid. once kita kena covid, memang paru paru kita akan ada luka
annadonna replied at 24-11-2022 03:03 PM
Dia badan berisi pun cantik. Tak nampak kepam. Tak mekap pun cantik
bunnyj3lly replied at 25-11-2022 11:35 AM
I pun rasa sebab covid dan vaksin covid jugak. Banyak penyakit-penyakit tiba flare up lepas inject ...
ADVERTISEMENT