CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Menyesal Curi-Curi Masuk Bilik Tunang- Cup Mi Segera, Tin Air Kosong Merata, Tuala Basah Bercapuk Tahi Lalat Atas Tilam!

24-11-2022 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7809| Komen: 105

Seorang individu membuat pendedahan mengenai sikap pengotor tunangnya sehingga membuatkan dia ragu-ragu untuk melangkah ke fasa seterusnya.

"Saya dah tunang hampir setahun dan rancang nak sanding awal tahun depan. Kisahnya kejadian makan malam dekat rumah bakal mentua mengubah persepsi saya terhadap tunang.

"Tak tahulah kenapa malam tu, saya buat keputusan untuk menyelinap masuk ke bilik tunang saya. Saja nak tengok-tengok. Tapi saya menyesal tau," ujarnya memulakan luahan.

Sambung pengadu, dia bukan sahaja terkejut, malah berasa loya melihat keadaan bilik tunangnya yang kotor dan berbau busuk.

Gambar Hiasan


"Saat saya buka pintu, bau kepam sangat menyucuk hidung. Bau basah ke bau rokok atau bau orang tak mandi bercampur pekat begitu. Busuk!

"Apabila saya buka lampu, bilik dia bersepah sangat. Cup mi segera dan tin air kosong merata atas meja dan lantai. Tuala dah bercapuk tahi lalat atas tilam dan saya rasa tuala tu basah.

"Saya rasa dia tak pernah buka buka tingkap bilik. Boleh bayang tak kepamnya bau tu," ujar pengadu yang dipercayai seorang wanita.



Menurutnya lagi, kejadian berkenaan membuatkan persepsinya berubah, malah dia risau bagaimana nasibnya selepas mereka mendirikan rumah tangga kelak.

"Jadi sekarang saya jadi geli tengok dia. Dia memang nampak kemas tapi tak sangka macam tu sekali bilik tidur dia.

"Sekarang apabila dia dekat-dekat saya jadi meremang. Geli-geleman. Macam mana ni nak kahwin dengan orang pengotor?" ujarnya lagi.

Pengadu berkongsi luahan hatinya kepada pemilik akaun @ConfessTweetMY sebelum ia dimuat naik ke laman Twitter.

Rata-rata netizen turut memberikan pendapat mengenai sikap pengotor tunang pengadu dan memberi beberapa saranan untuk menyelesaikan kekusutan itu.

"Berterus terang. Kalau dia sayang betul dia akan berubah sebelum kahwin. Sila jangan harap mereka akan berubah apabila dah kahwin.

"Bukan nak cakap tak boleh terima kekurangan pasangan ke apa. Tapi tahap pengotor kepam macam ni kau kena fikir masak-masak sebab kau yang nak sehidup semati dengan dia.

"Itulah kita takkan betul-betul mengenali seseorang melainkan kita tinggal sekali dengan dia, tidur sebantal. Dalam berkawan macam tu juga.

"Bincang la mengenai kebersihan dengan tunang awak. Kalau dia tak nak berubah, bertunang boleh putus," tulis beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 24-11-2022 10:27 AM
C7vp2Er_d.jpg
Quote pembacagosip 24-11-2022 10:33 AM
x pela cik kak
ang pikir la masak2
sesal dulu pendapatan sesal kemudian x guna dah
Quote nurul_akmar 24-11-2022 10:33 AM
lps ko kawen, konfem ko stresss yg teramat2.. cawan sebiji x angkat n x basuh pon blh jd gaduh tau. tmbh kalau towel basah main longgok je atas katil
Quote esbok 24-11-2022 10:48 AM
dedulu ingat semua ini mitos, sampai lah bila bertemu dengan yang jitu. memang manusia mcm ni wujud. ada yang siap kata, mata dia tak boleh tengok kalau kemas sangat, katanya itu tanda orang berotak kreatif

tok aku pesan, kalau pun miskin, jangan jadi pengotor. kemas rumah!
Quote midori888 24-11-2022 11:04 AM
Nasib baik dpt tau seblum kawen. Run for your life.
Quote matjerk 24-11-2022 11:07 AM
nurul_akmar: lps ko kawen, konfem ko stress ...

Cawan siap buat tempat buang putung rokok
Quote JunkMail 24-11-2022 11:08 AM
konfem lepas kawen selain mengangkang, kau kena kemas rumah, masak, jaga anak.. laki jadi raja makan berhidang, pinggan sendiri pun taknak basuh. boleh mula exercise dari sekarang.. nanti nak basuh toilet pelbagai, mop lantai rumah, basuh baju.. ditambah lagi keje opis.
Quote margo20 24-11-2022 11:09 AM
Kawan aku gini gak time g umah sewa dulu pastu dpt kawin la dgn mamat yg hensem putih tp bila g umah dia hmmm
Quote becir 24-11-2022 11:11 AM
Macam kawan I ceta hubby dia suka campak towel basah merata..ada sekali dia g main campak atas baju berlonggok baru basuh my friend letak atas kstil nak lipat later. Terus world war lepas tu..
Quote pinggan 24-11-2022 11:17 AM
Eww tayah menyesal. Mmg rezeki utk terbuka hijab
Quote venom1 24-11-2022 11:20 AM
better off dari menghadap lelaki macamni.walaupun dia merayu akan berubah tapi jangan percaya 100%
Quote cmf_premierleag 24-11-2022 11:23 AM
Dah nampak dia pengotor, larilah jauh2 dikkk
Pengotor ni tandanya PEMALASSS
sbb kalo rajin, takde nya malas nk kemas rumah bagai.ntah2 jamban dia pun berlumut sbb ye le..pemalas dan pengotor kan.
Eloklah kau blah je dik
Ckp je "awak terlalu kelantan utk saya"
Quote pinggan 24-11-2022 11:24 AM
Ni bila kawen esok, isteri keje suami keje, sama2 balik keje, isteri kena sibuk2 kat dapur masak la, kemas la apa, suami telentang depan TV atau hadap phone je. Makanan semua Tau nak berhidang je.  Sampai umur 60, 70 pun dok gitew jgk. Jangan kawen dgn org mcm ni.
Quote Dwdrum 24-11-2022 11:29 AM
Tinggal dengan parents juga kotor begitu... Angkat kaki saja lah dik... Nanti apabila di tegur.. parent akan backup... Memang jenis begitu
Quote lotusteratai 24-11-2022 11:29 AM
knp nak menyesal dik oiii...kau patut sujud syukur sbb Allah tunjuk true color dia
Quote Cassieopeia 24-11-2022 11:30 AM
eiii geli weh tak kose laki mcm ni... mmg kene cakap terus terang je. esok2 kne ngemas sensorg
Quote MsKathryn 24-11-2022 11:32 AM
Eeeeeuuuwwwww gila pengotor n pemalas   
putus tunang je la dik…
Quote gideoncross 24-11-2022 11:33 AM
Ni klau prmpuan yg pngotor, cpat je jejantz ummah Mulayu Melesia kutuk x ckup tnah. Ni jejantz yg buat, ada x jejantz yg bising? Msti lari punya.
Quote gideoncross 24-11-2022 11:34 AM
Dwdrum replied at 24-11-2022 11:29 AM
Tinggal dengan parents juga kotor begitu... Angkat kaki saja lah dik... Nanti apabila di tegur.. par ...

Sejenis hrapkn mak je yg tlong bersihkn, yg mak plak biarkn ank llaki jdi pngotor, x yah jdi pmbersih sbb alasannya "Ank llaki biasalh".

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.063034 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top