CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Kelantan, Tengku Muhammad V Dimasyhurkan Sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan

24-11-2022 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 959| Komen: 3

BACHOK – Sultan Kelantan, Tengku Muhammad V dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro Canselor dan Konvokesyen ke-12 UMK.


Dalam istiadat sama, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra turut dinobatkan sebagai Pro Canselor UMK.

Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Razli Cheb Razak berkata, UMK meraikan seramai 2,211 graduan menerima Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dalam lima sidang yang bermula hari ini sehingga Jumaat.


Foto: Kosmo

Menurutnya, UMK turut meraikan 10 graduan sulung bagi Sarjana Komunikasi Perniagaan dari Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan.


“Selain itu, bekas Naib Canselor UMK Prof. Datuk Dr. Radzuan Che Ros turut dianugerahkan Profesor Emeritus atas jasa bakti dan kecemerlangan beliau menerajui UMK.

“Pelbagai kejayaan telah berjaya ditempa UMK. Terbaharu, UMK buat pertama kalinya tersenarai dalam The World University Rankings 2023 apabila berada dalam kedudukan antara 1,201 hingga 1,500,” katanya ketika berucap pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro Canselor dan Konvokesyen ke-12 di UMK Kampus Bachok, di sini hari ini.

Katanya, UMK juga adalah universiti awam pertama di Malaysia yang menerima Akreditasi Antarabangsa berkaitan keusahawanan selain diiktiraf sebagai universiti awam keusahawanan pertama oleh Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged University (ACEEU).

Tambahnya, momentum kejayaan itu dizahirkan dalam bentuk pengiktirafan apabila UMK dinobatkan sebagai universiti awam nombor satu di negara ini yang melahirkan bilangan graduan usahawan tertinggi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Radzor 24-11-2022 01:08 PM
ada bodigad bawak m4 silencer x ?
Quote rosedemon 25-11-2022 10:51 AM
ooo okayhhhh
Quote boo06 27-11-2024 01:12 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.174651 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top