CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Memandu Sampai Ke Balai Bomba, Hon Dan Menjerit Ketakutan Ada Ular Dalam Bonet Kereta

24-11-2022 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3696| Komen: 39

PETALING JAYA – Seorang wanita membunyikan hon dan menjerit di kawasan bomba setelah melihat seekor ular keluar dari hadapan keretanya ketika memandu.

Menurut video yang dimuat naik oleh salah seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, @zackzaini82, wanita itu ingin mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan ular jenis sawa batik itu daripada bonet hadapan keretanya.

Foto: Tiktok

“Semua anggota sedang menikmati juadah makan malam, sehinggalah ada sebuah kereta datang ke kawasan bomba dengan membunyikan hon dan menjerit meminta tolong.

“Rupa-rupanya ada seekor ular keluar dari bonet hadapan. Mungkin ular tersebut tidak tahan panas selepas enjin telah lama dihidupkan. Sesiapa pun mesti akan risau jika ada ‘entiti’ asing yang menjelmakan diri di tempat dan masa yang tidak sesuai,” tulisnya di dalam kapsyen video itu.


Pesannya lagi, orang ramai dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan di ruangan enjin, lebih-lebih lagi ketika musim hujan ini.

Di ruangan komen mendapati orang ramai kagum dengan wanita tersebut kerana sanggup memandu ke balai bomba untuk mendapatkan bantuan, serta memuji kepantasan anggota bomba untuk membantu dalam situasi cemas itu.



“Wah gigih wanita itu memandu sampai ke balai bomba, kalau saya mesti sudah tinggalkan kereta di tengah jalan,” seloroh seorang netizen.

“Terbaik abang bomba, dapat pada abang bomba cepat sahaja selesai masalah,” puji seorang netizen. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 24-11-2022 09:51 AM
Ford mustang GT??
Quote mikasa 24-11-2022 09:55 AM
Proton saga tu
Quote Dalcott 24-11-2022 09:59 AM
ngeri weii
Quote kakikuDibibirmu 24-11-2022 10:08 AM
023_copy_1024x1024.png
Quote Thunderclouds 24-11-2022 10:10 AM
Aku 2x5 ngn amoi tu. Mmg mjerit tlompat jumpa ular. ULAR ok. Bukan mcm lipan/kala yg ko leh tikam ngn pen terus mampus. Gigih dia drive straight ke balai bomba
Quote Omai 24-11-2022 10:26 AM
hahaha... gigih ye kau moi drive sampai ke balai bomba
Quote hareeeesah 24-11-2022 10:27 AM
panjang oi…. Anywho mustang celah mana aku tgk..
Quote ibugarang 24-11-2022 10:28 AM
sng keje amoi tu direct drive pegi balai bomba..trus bomba buat keje..
Quote prettyuglybabe 24-11-2022 10:29 AM
kalau i, kereta entah ke mana, i entah ke mana
Quote TomyamPuteh 24-11-2022 10:30 AM
Pandai pulak amoi cari bomba Melayu eak? Tibeerrr.
Quote rifaa 24-11-2022 10:33 AM
kan lebih senang tepon je bomba
Quote syamzana 24-11-2022 10:39 AM
eeuwww pnjg+besar ular tu. tak geli geleman+takut plak ye dia time drive tu
kalau i jgnkan drive, nak duduk dlm kereta tu pun meremang habis fikir bukan2.
Quote elzy 24-11-2022 11:03 AM
Rasa ngeri andai berlaku pada diri sendiri..
Quote imanjannah 24-11-2022 11:19 AM
berani betul.. huhu
Quote ibu_haritz 24-11-2022 11:22 AM
kt semak mane lah amoi ni park keta
Quote liton 24-11-2022 11:30 AM
Aku pernah start keta, kereta bergegar sangat, bunyi enjin kuat. Terus panik . Matikan enjin. Rupanya ada kucing. Luka ekor kucing tu.
Quote cikdot 24-11-2022 11:30 AM
oklah masih boleh fikir secara waras even time terkejut/takut macam tu & semua selamat. kalau orang lain agaknya boleh accident sebab terkejut tu. ingat kes ada orang mati accident sebab nyamuk dalam kereta dia masa tengah drive tu. sibuk nak bunuh nyamuk last2 dia yg mati
Quote lotusteratai 24-11-2022 11:36 AM
panjang gila, kalau aku terus stop kereta
Quote Skuau 24-11-2022 11:46 AM
kenapa x pandu ke tmpat yb tgh bincang tu....

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.077853 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top