CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Bunuh Dah 10 Tahun Bercinta Dengan Wanita Vietnam, Cemburu Kekasih Ada Lelaki Lain

24-11-2022 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3414| Komen: 29

SEREMBAN – Suspek wanita warga Vietnam dikatakan menjalin hubungan cinta selama 10 tahun dengan mangsa lelaki tempatan yang mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima di sini.


Satu sumber berkata, setakat ini, motif kejadian melibatkan mangsa berusia 50 tahun dan suspek berusia 33 tahun adalah disebabkan cemburu.

“Siasatan awal mendapati mereka merupakan pasangan kekasih dan menjalin hubungan cinta selama 10 tahun.

“Suspek dipercayai mempu­nyai hubungan dengan lelaki lain menyebabkan mangsa cemburu,” katanya semalam.


Foto: Berita Harian


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof membe­ritahu, pihaknya sudah me­rakam keterangan seramai enam saksi termasuk jiran mangsa bagi membantu siasatan kes tersebut.

Laporan sebelum ini, seorang lelaki ditemui mati de­ngan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai akibat ditikam di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima pada Ahad lalu.

Sebelum itu, mangsa dikatakan bergaduh dengan seorang wanita yang juga suspek.

Mayat mangsa dijumpai pada pukul 9.30 malam dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah tersebut.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis mendapati seorang wa­nita dalam keadaan panik dan sedih di dalam rumah tersebut. Suspek direman tujuh hari sehingga 28 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 24-11-2022 09:43 AM
Abis 10 tahun bercinta kau tak ajak kawin, boring la dia.
Quote ulamalu 24-11-2022 09:46 AM
X faham.  Mangsa lelaki 50 tahun cemburu dgn suspek perempuan 33 tahun.  Gaduh2 kemudian perempuan ni tikam lelaki ke.  Bukan patut terbalik ke.
Quote rosedemon 25-11-2022 10:49 AM
dua2 bingai
Quote Suchi 25-11-2022 11:10 AM
Lamanya kapel sampai 10 tahun sia2kn usia je.
Tp pompuan tu muda lagi la juga.
Cuma membazir masa laa 10 tahun leh buat anak 4-5 orang kalau produktif lagi inovatif
Quote Belibis 25-11-2022 11:25 AM
ulamalu replied at 24-11-2022 09:46 AM
X faham.  Mangsa lelaki 50 tahun cemburu dgn suspek perempuan 33 tahun.  Gaduh2 kemudian perempuan n ...

Apa pulak gitu...dah nama gaduh...siapa pantas,dia lah menang.mungkin jantan pun ada niat nak tikam pompuan tu..
Tapi kira ok laa..dah 10 tahun lenjan..kalau loan kereta pun dah abis bayar.
Quote tumpanglalu74 25-11-2022 05:30 PM
Ape bende ni?
Quote batu kikir 25-11-2022 05:40 PM
Samerosie replied at 24-11-2022 09:43 AM
Abis 10 tahun bercinta kau tak ajak kawin, boring la dia.

Dah kematu poen.....kahwin buat hape
Quote lattehazelnut 25-11-2022 05:41 PM
ulamalu replied at 24-11-2022 09:46 AM
X faham.  Mangsa lelaki 50 tahun cemburu dgn suspek perempuan 33 tahun.  Gaduh2 kemudian perempuan n ...

Laki tu xnak support rumah, kete, belanja sume la kot..
Quote NBM 25-11-2022 06:06 PM
kenapa aku kena baca 3 kali bru faham
Quote miracle_forever 25-11-2022 06:11 PM
Suchi replied at 25-11-2022 11:10 AM
Lamanya kapel sampai 10 tahun sia2kn usia je.
Tp pompuan tu muda lagi la juga.
Cuma membazir masa la ...

scandal je kot 10 tahun tu?
Quote pooh~key 25-11-2022 06:35 PM
Hoi tajuk tu buatkan akak yang gay kegersangan ni ingatkan kekasih dia gay ada kekasih gelap lelaki dek oiiii! Ubah tajuk dek. Kau dah kecewakan akak dek!
Quote kepompong 25-11-2022 06:40 PM
ni kes haritu masuk ci. Kenapa tak hapdet dari benang lama tu je. Wanita dipercayai isteri masa hari kejadian. Harini punya berita kekasih la pulak
Quote trisnalovezul 26-11-2022 07:32 PM
Belibis replied at 25-11-2022 11:25 AM
Apa pulak gitu...dah nama gaduh...siapa pantas,dia lah menang.mungkin jantan pun ada niat nak tika ...

Pasti wanita itu juga dapat uang byk dri korban.kami bukan mau ckp apa kalo laki yg kami cinta atau nikah semua berkualiti jarang mau lihat wanita indonesia nikah sama laki malaysia masuk berita susah perlu uang.kami tidak perlu kluar uang utk somi tpi somi yg bgi uang.kira kami lagi bijak pilih pasangan..

Tidak semestinya wanita ini bersalah. Brita ini bukti laki malaysia suka wanita asing brbanding wanita tempatan
Quote mejaputih 26-11-2022 07:35 PM
NBM replied at 25-11-2022 06:06 PM
kenapa aku kena baca 3 kali bru faham

Iols baca lelaki tu (mangsa) bercinta dgn lelaki lain..iols silap faham ka? 2x iols baca
Quote mejaputih 26-11-2022 07:36 PM
Oh tajuk salah
Quote annehuda 26-11-2022 07:37 PM
Bercinta 10 tahun tu cuba cek si laki tu ada bini tak?meols rasa mangsa bunuh tu sekadar perempuan simpanan jah kot. Dah dapat sugar daddy baru ugut nak tgglkan laki yg ni
Quote green~tea 26-11-2022 07:43 PM
Dah 50 pun duk berscandal2 ngeseks tanpa nikah..
Quote edayildiz 26-11-2022 07:52 PM
skendel jer ni kn ..agaknya arwah pun ada wife jgk kot
mcm lelaki2 kt ofis i muka mcm kelepek pisang ada hati nk try org..umo pun dah senja..
kalau laki single behave jer..yg berumo n laki org byk gedikkk
Quote Belibis 26-11-2022 07:56 PM
mejaputih replied at 26-11-2022 07:35 PM
Iols baca lelaki tu (mangsa) bercinta dgn lelaki lain..iols silap faham ka? 2x iols baca

Ikut paham aku pulak..mangsa( laki) dapat tau awek( vietnam) ada pakwe lain..gaduh gaduh gaduh..pompuan tikam laki...mampus..
Ntah ler..dah lama sangat tak pergi sekolah..last minggu lepas,tu pun sebab mengundi.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.046800 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top