CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usus Pecah, Kepala Dihentak- Budak 11 Tahun Maut Didera Bapa Tiri Di Kajang

24-11-2022 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1147| Komen: 4

KAJANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila ususnya pecah selain kepala dihentak dipercayai didera bapa tiri dalam kejadian di kediaman suspek di Taman Sri Ramal di sini semalam.


Kejadian disedari selepas pihak Hospital Serdang menerima pesakit kanak-kanak perempuan warga tempatan kira-kira pukul 12.39 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, mangsa dibawa menggunakan ambulans dari rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Gambar Hiasan

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital


“Hasil bedah siasat yang dijalankan doktor pakar mendapati punca kematian mangsa dipercayai daripada kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan abdomen (perut) yang menyebabkan ususnya pecah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdapat juga kesan-kesan cedera lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan mangsa.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan bapa tiri mangsa berusia 53 tahun ketika berada di pekarangan Hospital Serdang kira-kira pukul 2.25 petang tadi.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku ada memukul mangsa sebelum ini menggunakan tangan, kaki dan baldi di dalam tandas akibat marah.

“Suspek bertindak demikian kerana mendakwa mangsa sering membuat masalah di rumah semasa ketiadaan ibunya,” katanya.

Ujar Mohd. Zaid, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas suspek akan dilakukan esok. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-11-2022 09:32 AM
dh kenapa thread dh ada lah

https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1

klu forummer lain maybe lah
ni org cari sndiri pun sama jek

Quote akusukaq 24-11-2022 09:53 AM
Ibu tunggal ada anak pompuan jangan gatal nak berlaki faham...hidup lah dgn cari  duit sendiri
Quote Sazreena 24-11-2022 01:15 PM
Mohon jantan sial tu dihentak dan dirodok dgn sadis oleh inmates nanti.
Quote boo06 27-11-2024 01:12 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.094241 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top