CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Bunuh Anak Perempuan Sebab Kahwin Tanpa Restunya- Ditembak, Mayat Disumbat Dalam Beg Dan Dibuang Di Tepi Jalan

24-11-2022 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1247| Komen: 10

NEW DELHI – Mayat seorang gadis di India yang dipenuhi dengan kesan peluru ditemui di dalam sebuah beg pakaian yang dibuang berhampiran sebatang jalan di bandar Mathura, Jumaat lalu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).


Aayushi Chaudhary, 22, didakwa dibunuh oleh bapanya bagi menebus ‘kehormatan’ selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki dari kasta berbeza.

Mayatnya dibalut dengan plastik dan disumbat dalam beg pakaian berwarna merah. Bedah siasat menunjukkan muka serta badan mendiang mengalami kecederaan selain telah ditembak sebanyak dua kali di dada.


Foto: ANI

Ia mengambil masa selama dua hari untuk polis mendapat maklumat tentang identiti mangsa,  manakala keluarganya disyaki membunuh wanita tersebut kerana kehilangannya tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa, kata portal berita OpIndia.

Polis kemudian mendapati terdapat percanggahan keterangan oleh bapanya, Nitesh Yadav dan ibunya, Brajbala, menyebabkan mereka terpaksa membuat pengakuan melakukan pembunuhan tersebut.

Ibu dan bapa mendiang dilaporkan memberitahu polis bahawa Ayushi meninggalkan rumah tanpa kebenaran mereka untuk berkahwin secara rahsia dengan seorang lelaki yang berlainan kasta atau kelas sosial.

Semasa pergaduhan, si bapa menembak mati mangsa di hadapan ibu dan abangnya, kata polis kepada OpIndia. 

Ibu mangsa kemudian membantu membungkus mayatnya yang dibuang di tepi lebuh raya pada awal pagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-11-2022 09:27 AM
honor killing



Quote venom1 24-11-2022 09:29 AM
hapuskan keturunan macam ni..berkasta bagai.
Quote smurfetz 24-11-2022 09:43 AM
banyak tul kes2 camni kat india & arab.. mmg tak kena tindakan apa2 ke family yg membunuh tu?
Quote fly_in_d_sky 24-11-2022 11:27 AM
ada apa dengan kasta? toreh kulit .. keluar darah merah juga
Quote dua_chzy 24-11-2022 11:32 AM
fly_in_d_sky replied at 24-11-2022 03:27 AM
ada apa dengan kasta? toreh kulit .. keluar darah merah juga

Cer ko tanya kerabat diraja.
Quote Artemesiaa 24-11-2022 01:11 PM
Dah jangka kes dari negara mana
Quote kakikuDibibirmu 24-11-2022 01:12 PM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote becir 24-11-2022 01:19 PM
Tu dia... penat2 besarkan anak 22 tahun alih2 tembak camtu umpama pukul lipas. Tipikal parents bodo bangang. Harap mati dalam jel je.
Quote rosedemon 25-11-2022 10:48 AM
cam vodoh tipikal yindia
Quote boo06 27-11-2024 01:12 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039808 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top