BEIJING – Seorang wanita di China diceraikan suaminya kerana hamil anak kelima yang dikhuatiri merupakan bayi perempuan, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Hu, 25, sebelum ini telah melahirkan empat anak perempuan justeru, suaminya mahu menceraikannya kerana khuatir anak kelima mereka akan berjantina serupa. Keluarga lelaki itu mempunyai kefahaman bahawa seorang wanita harus melahirkan anak lelaki untuk meneruskan keturunan. Jika tidak, mereka akan dianggap tidak berbakti. “Dia mahu berkahwin semula dan mendapat anak lelaki dengan perempuan lain,” jelas Hu.
Akhirnya, Hu terpaksa bersetuju dengan perceraian itu. Empat anaknya masih akan tinggal bersamanya dan suaminya akan memberinya 1,000 yuan (RM639) setiap bulan. Hu bagaimanapun tidak akan menggugurkan kandungannya dan biarpun sangat sedih serta kecewa dengan keputusan suaminya, dia tidak mampu berbuat apa-apa. – CARI Sumber: Kosmo
|
Samerosie replied at 24-11-2022 09:42 AM
Eh eh bodoh nya kau, babies gender is determined by daddy's sperm la. Kau tak sekolah ke kau pass t ...
copy_paste replied at 24-11-2022 10:52 AM
adat sana kak,anak lelaki bawa nama keluarga,anak perempuan nt kalau kawin ikut nama keluarga lela ...
Samerosie replied at 24-11-2022 10:59 AM
Faham bab tu. Maksud saya dia ceraikan bini dia sbb dapat anak perempuan saja tapi sebenarnya spe ...
Samerosie: Eh eh bodoh nya kau, babies ge ...
ADVERTISEMENT