|
KLUANG – Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan ditawarkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Perikatan Nasional (PN) sekiranya bergabung dengan Barisan Nasional (BN).
Menurut Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong, ramai menyebarkan artikel dilaporkan sebuah portal, namun beliau mengesahkan bahawa ia tidak benar sama sekali. Tegas beliau tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan PN mahupun Pakatan Harapan (PH) “Saya juga tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan, jika pihak yang menyiarkan berita ini tidak menarik semula artikel berkenaan dengan serta-merta, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.
Sebelum itu, sebuah akhbar berbahasa Melayu memetik laporan sebuah portal yang mendakwa PN menyokong gabungan dengan BN sekiranya Hishammuddin dilantik sebagai PM ke-10. –CARI Sumber: Kosmo
|


















Simunggu replied at 24-11-2022 09:21 AM
HH, stay pembangkang bermaruh & reform balik UMNO








kakikuDibibirmu replied at 24-11-2022 10:02 AM
Anuar Zain tersenyum sinis {: ...
grouper replied at 24-11-2022 10:11 AM
Baik masuk pn bwk geng2 dia...habis sampai kiamat dap/ph akan jadi pembangkang bila majoriti melay ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.083551 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.