Pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohammedin memaklumkan tayangan drama bersiri Cina Buta arahannya terpaksa ditunda siaran buat kali kedua.
Shahrulezad berkata dia tidak mengetahui sebab drama berkenaan terpaksa ditangguhkan, namun lebih risau tentang keadaan kesihatan salah seorang pelakon drama itu iaitu Nad Zainal. "Assalamualaikum semua. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa menunda tayangan drama Cina Buta untuk kali kedua. "Jangan tanya abam sebabnya apa ya. Abang lagi risaukan keadaan Nanad (Nad) sekarang. Mohon doa daripada semua orang," katanya.
Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Dalam pada itu, Shahrulezad memaklumkan tarikh baharu siaran drama berkenaan akan diumumkan oleh stesen berkenaan kelak. Dia juga memohon maaf atas kesulitan ini dan berharap agar semua peminat terus bersabar. "Tarikh baharu akan diberitahu kelak. Maaf atas segala kesulitan dan kami berterima kasih atas kerjasama semua. Harap terus bersabar ya," katanya. Terdahulu, Cina Buta lakonan Nad Zainal, Ungku Ismail dan Alif Aziz yang sepatutnya bersiaran menerusi slot Mega Drama Astro Ria pada 9 November lalu telah ditunda tayangan pada Rabu, 23 November. Namun, stesen memaklumkan drama itu sekali lagi ditunda siaran atas sebab yang tidak diketahui. Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana drama itu terpaksa ditangguhkan tayangannya lagi. Dalam masa sama, mereka berdoa agar Nad diberikan kesembuhan segera. "Asyik tunda sahaja. Apa-apa pun moga kak Nad lekas sembuh hendaknya. "Ya, Nad lebih penting sekarang. Semoga Allah permudahkan segalanya dan cepat sembuh. "Tak mengapa, kami rela menunggu. Semoga Nad cepat sembuh," tulis netizen. Untuk rekod, Nad dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada paru-paru sejak Ahad lalu. Pelakon wanita itu kini dilaporkan kritikal kerana terdapat pendarahan pada paru-paru dan kini sedang di rawat di unit rawatan rapi (ICU). -CARI Sumber: mStar Onlune
|
Dzahin_poch replied at 23-11-2022 08:23 PM
Semoga nad zainal diberi kesembuhan oleh Allah swt. Semoga kita semua juga diberi kesihatan yg baik ...
virgocircus replied at 22-12-2022 04:09 PM
Surprisingly citer ni quite good. Mmg budak2 x seswai tgk. Rosak bahasa. Hahaha
ragnarox replied at 30-12-2022 05:19 PM
Ntah laa dalam cita nie Si Nad tu dok pakai Seluar Pendek, pakai neck tie cam lelaki, si norreen tu ...
melanie replied at 1-1-2023 11:39 AM
Tgh layan cerita ni.kira ok dan noleh la layan
Kelakar walaupun banyak tak logik bila bab aliff lalu ...
ADVERTISEMENT