CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Pertuduhan, Penceramah Agama Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Budak Perempuan Usia 5 Tahun

23-11-2022 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2699| Komen: 20

Kuala Terengganu: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang juga ahli keluarga.


Tertuduh berusia 61 tahun membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan pertama hingga tiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang berusia lima tahun sembilan bulan.


Foto: Harian Metro

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu antara 4 hingga 6 Mac lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan berkenaan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 20 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berhampiran selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili Mohd Ridzuan Muhamad. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 23-11-2022 05:31 PM
Tlg laaa bgtau sapa malaun ni
Quote MatDeghem 23-11-2022 05:56 PM
manehnya replied at 23-11-2022 05:31 PM
Tlg laaa bgtau sapa malaun ni

Dan tunjuk muka....
Quote Decaffeinated 23-11-2022 05:58 PM
One key component was missing from this report. What exactly did he do.
Quote bakingsoda 23-11-2022 06:26 PM
ni haa orangnya, sila sila
Quote lightheaded67 23-11-2022 06:45 PM
tahler mjadi jadi pulok kezah depa ni. takde sistem ker ek penceramah2 agama ni, audit dua tahun skli ke, ade kes mahkamah cabut tauliah ker. penat lah mana mana penceramah agama yg clean tu org pandang pnunggang skali. rentua ni budak2 5 tahun di apa apa kn nyer. bgambo dgn jari simbol tauhid tu heyyy letih
Quote lightheaded67 23-11-2022 06:46 PM
bakingsoda replied at 23-11-2022 06:26 PM
ni haa orangnya, sila sila

seriussssss
Quote airmineral 23-11-2022 08:52 PM
setan mane ni wehhh
berita ni pun, kalau org gomen amik rasuah siap pampang nama penuh dgn tpt bekerja tp tang benda²cmni disorok² plk. layak dicarut je
Quote _kelly 23-11-2022 08:52 PM
ahli keluarga??? Allahuakbar ????????????
Quote tumpanglalu74 23-11-2022 08:57 PM
_kelly replied at 23-11-2022 08:52 PM
ahli keluarga??? Allahuakbar ????????????

Takebeeeeerrr!!
Quote Nurdianah 23-11-2022 08:59 PM

Quote tumpanglalu74 23-11-2022 09:00 PM
badrul amin khalwat.jpg
zati.jpg
IMAM MAHADI.jpg
Quote Dzahin_poch 23-11-2022 09:25 PM
Lagi tinggi ilmu agama lagi kuat ujian dari Allah .
Quote laksmanabentan 24-11-2022 08:36 AM
mana gambar malaun nih... apa pulak tutup2 nih...
Quote mekfazura 24-11-2022 08:58 AM
Penceramah Agama???

Dinegeri yang takde BAJA, tahi juga di anggap baja.
Quote plywood 24-11-2022 09:05 AM
Hebat... dalam berceramah jangan, tetapi badan sendiri terlanggar.. nasiblah labu(klu betulla)
Quote rosedemon 24-11-2022 09:11 AM
mmg sume setad ni batang xreti kwal
Quote ifanonline 24-11-2022 09:12 AM
malaysia ni ramai tul pengamang seksual di kalangan ahli agama
Quote Cassieopeia 24-11-2022 09:50 AM
la ust badrul amin ni ke erm pelik2 la.. pengikut bangnon ni
Quote Cassieopeia 24-11-2022 09:51 AM

dlu dia slalu keluar tv jgkkan, ni kes ape lak ngn bini org ni adoila makin parah dia ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.073172 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top