Teka-teki mengenai perdana menteri ke-10 yang bakal menerajui kerajaan baharu nampaknya masih belum terjawab. Pada Rabu, tular poster memaparkan seruan PAS kepada rakyat Malaysia untuk mendoakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-10.
"Seruan solat hajat dan bacaan Yasin agar Allah permudahkan urusan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia. "Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli PAS, tunaikan solat hajat dan bacaan surah Yasin di markas atau tempat masing-masing," tulis kenyataan pada poster itu. Poster Perikatan Nasional (PN) itu turut memaparkan foto beberapa pemimpin tertinggi gabungan berkenaan, termasuklah Tan Sri Hadi Abdul Awang dan Muhyiddin.
Untuk rekod, Muhyiddin yang mewakili PN serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH) dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada pukul 4.30 petang, Selasa. Bagaimanapun, kedua-dua gabungan berkenaan tidak mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan Sabtu lalu. Susulan itu, Sultan Abdullah menitahkan 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mengadap baginda pada Rabu pagi. tetapi parti itu dilaporkan meminta penangguhan.-CARI Sumber: mStar Online
|
noor2 replied at 23-11-2022 11:39 AM
Lorrrr...aku dgn rela hati suka kalau muhyidin dan PAS ambil alih memerintah diwaktu zaman kemeleset ...
makadek replied at 23-11-2022 11:41 AM
Nak Sgt hamek tp nanti dia plot twist kata dh mmg ekonomi melecet
kepompong replied at 23-11-2022 11:43 AM
jgnlah doa melingkup you.. yg susah kita jugak. walopon i rasa apa politician ni semua tak patut b ...
noor2 replied at 23-11-2022 11:39 AM
Lorrrr...aku dgn rela hati suka kalau muhyidin dan PAS ambil alih memerintah diwaktu zaman kemeleset ...
noor2 replied at 23-11-2022 11:39 AM
Lorrrr...aku dgn rela hati suka kalau muhyidin dan PAS ambil alih memerintah diwaktu zaman kemeleset ...
akies replied at 23-11-2022 11:55 AM
Kenapa pas taknak jd PM?
noor2 replied at 23-11-2022 11:39 AM
Lorrrr...aku dgn rela hati suka kalau muhyidin dan PAS ambil alih memerintah diwaktu zaman kemeleset ...
makadek replied at 23-11-2022 11:55 AM
Mcm siak jer meluat aku
Dikberadik aku semua PN
akak aku ikut cakap aku pangkah PH
Skuau replied at 23-11-2022 11:58 AM
tersiratz...'kita tak tamak'
ADVERTISEMENT