Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan sukar apabila berterusan dipersalahkan ekoran situasi yang berlaku ketika ini selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengurus akaun Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu hantaran secara sinis menyindir sesetengah pihak yang terus menyalahkan BN kepada apa yang berlaku ketika ini. “Menang, salah. Kalah, juga salah. Pilih PH (Pakatan Harapan), penyokong PN (Perikatan Nasional) salahkan BN. “Pilih PN, penyokong PH salahkan BN. Tak pilih sesiapa, seluruh Rakyat salahkan BN sebab tiada kerajaan. “Buat ini, salah. Buat itu, salah. Tak buat apa-apa, lagi salah. Lambat buat, pun salah,” tulisnya di Facebook Najib.
Pengurus akaun itu menambah, jika pilih PH atau PN akan melanggar ketetapan BN dengan slogan No Anwar, No Dap dan No Bersatu. Tambahnya, ia merupakan satu pilihan yang susah dan rumit bagi BN pada ketika ini, namun berharap akan ada penyelesian bagi kemelut ini dalam masa paling terdekat. “Mujur Najib tiada lagi. Jika tidak, ianya juga salah Najib,” katanya.-CARI Sumber: Kosmo
|
Samerosie replied at 23-11-2022 11:27 AM
Breach of trust, abuse of power, and money laundering pun salah tu sebab awak kat dalam. Eh tak bay ...
grouper replied at 23-11-2022 11:36 AM
Semua punca ko la najib..elok2 ekonomi berkembang time ko pegang nak gak sakau...apa lagi yg x cukup ...
kepompong replied at 23-11-2022 11:45 AM
dah lama tak dengar org ending ayat dgn “be”
zidane_ziege replied at 23-11-2022 11:44 AM
Semua ini takkan jadi kalau bossku suami isteri tak menyakau
kepompong replied at 23-11-2022 11:47 AM
why u laugh this is very sad history u knowwwe
ADVERTISEMENT