CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

53 Beg Plastik Ditemui Penuh Dengan Mayat Manusia

23-11-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2262| Komen: 15

IRAPUATO, MEXICO – Kira-kira 53 beg plastik sampah berisi mayat manusia dikeluarkan dari sebuah kubur di bandar Irapuato, Mexico sejak akhir Oktober lalu, dengan kerja-kerja penggalian bermula selepas penduduk tempatan melaporkan melihat se­ekor anjing merayau-rayau sambil menggonggong tangan manusia.


Menurut akhbar USA Today, Irapuato yang terletak dalam ne­geri Guanajuato, mempunyai kadar pembunuhan tertinggi antara kesemua 32 negeri di Mexico.

Keganasan sering tercetus akibat persengketaan bertahun-tahun antara kartel dadah Jalisco dan Sinaloa.


Foto: AFP

Menurut pengasas sebuah organisasi yang mencari orang hilang, Bibiana Mendoza, dia pergi ke bandar Irapuato untuk mencari saudara lelakinya selepas mendengar beberapa laporan mengatakan bahawa terdapat anjing merayau-rayau sambil membawa tangan manusia.


Mendoza, 32, kini bekerja­sama dengan pakar-pakar forensik untuk mengenal pasti identiti mayat yang ditemui di dalam 53 beg sampah itu.

“Ketika orang ramai datang dari seluruh dunia untuk menonton acara Cervantino (festival seni antarabangsa di kawasan tersebut), kami menggali mayat dan pada masa sama, saya berpendapat perbuatan kami ini  hanya sia-sia kerana lebih ramai mangsa ditanam di kawasan-kawasan  lain di bandar ini,” kata Mendoza.

Beberapa pertempuran ganas tercetus antara kartel dadah dengan agensi penguat kuasa undang-undang di negeri Guanajuato sejak beberapa bulan ke­belakangan ini.

Dalam kejadian berasingan, sebilangan anggota  sebuah kartel dadah terbunuh Ahad lalu semasa menyerang balai polis di Celaya iaitu  sebuah pekan yang terletak kira-kira 64 kilometer ke timur Irapuato. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 23-11-2022 11:16 AM
mcm ayam dibuatnya
chop chop


Quote kakikuDibibirmu 23-11-2022 11:17 AM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote darkness 23-11-2022 11:20 AM
Menggerunkan..
Quote shernazz 23-11-2022 11:45 AM
Bibiana memdoza neh kakak.kepada farah mendoza ke
Quote tikusmontok 23-11-2022 11:46 AM
kakikuDibibirmu replied at 23-11-2022 11:17 AM

Katuk pala akak kaki
Quote dani-rox 23-11-2022 03:30 PM
Kat Sweden, dia org pakai beg Ikea utk simpan tulang manusia

Quote CiliPadiSedap 23-11-2022 08:32 PM
dani-rox: Kat Sweden, dia org pakai beg  ...


Bukan sweden negara paling aman kokesen dan bertamadun? Xsangka bunuh manusia simpan dalam beg ikea. Nak pg dobilah tu
Quote tumpanglalu74 23-11-2022 08:37 PM
IMG_20221114_194814.jpg
Quote sharlenetexas 23-11-2022 08:40 PM
Kartel punya pasal.


Quote Highflyer19 23-11-2022 09:55 PM
Kartel dadah bermaharajalela…
Quote dani-rox 23-11-2022 10:22 PM
CiliPadiSedap replied at 23-11-2022 08:32 PM
Bukan sweden negara paling aman kokesen dan bertamadun? Xsangka bunuh manusia simpan dalam beg ike ...

tulang2 tu milik org yg disemadikan di kawasan gereja beratus2 thn dulu.
kubur dikorek dan tulang disimpan dlm beg utk sementara waktu, masa renovate gereja dia org. bila dah siap sama ada malas atau terlupa, tinggal lah tulang rangka begitu sajork takda siapa peduli.

https://www.huffpost.com/entry/human-bones-ikea-kicki-karlen-sweden_n_5647937

Quote CiliPadiSedap 23-11-2022 10:24 PM
dani-rox replied at 23-11-2022 10:22 PM
tulang2 tu milik org yg disemadikan di kawasan gereja beratus2 thn dulu.
kubur dikorek dan tulang ...

lah ye ke fikir orang kena pembunuhan bersiri lepas tu simpan kt beg ikea. dia orang takde macam sop ke nak handle jenazah2 lama? huhuu. ngeri
Quote dani-rox 23-11-2022 10:45 PM
CiliPadiSedap replied at 23-11-2022 10:24 PM
lah ye ke fikir orang kena pembunuhan bersiri lepas tu simpan kt beg ikea. dia orang takde macam s ...

entahlah. agaknya dia org tengok tulang2 rangka tuh mcm tulang ayam sebegitu. btw ikea bag nih serbaguna di kalangan ummah Nordic katanya, tu yg selamba digunakan utk simpan tulang manusia.
Quote rosedemon 24-11-2022 09:06 AM
pastu xda ke yg kesurupan kutip mayat beratus2 tu
Quote boo06 27-11-2024 01:17 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.090261 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top