CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masih Belum Nampak Bayang Siapa PM Ke-10

23-11-2022 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1339| Komen: 14

Harapan lebih 32 juta rakyat Malaysia untuk melihat pembentukan kerajaan baharu selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu masih belum menjadi kenyataan.


Sehingga semalam, tiada satupun gabungan parti politik yang diumumkan mencapai majoriti mudah.

Susulan itu, Istana Negara te­lah memanggil Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, sesi menghadap yang bermula pukul 4.30 petang itu belum menyelesaikan kepada kemelut pembentukan kerajaan baharu.


Foto: Kosmo


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenya­taan berkata, Seri Paduka Baginda menerima pemakluman berkenaan gabungan parti-parti politik pasca PRU15 bagi pembentukan kerajaan baharu.

“Memandang tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, maka Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan PH dan PN menghadap pada pukul 4.30 petang di Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai,” katanya dalam satu ke­nyataan Istana Negara semalam.

Sementara itu, Anwar pada sidang akhbar memaklumkan, jawatan Perdana Menteri sehingga kini (semalam) masih lagi kosong dan tiada sebarang lantikan dibuat.

Katanya, semua pihak perlu ada kerjasama dalam membentuk sebuah kerajaan yang memberi fokus dan keutamaan terhadap kebajikan rakyat.

“Perlu ada pakatan, kerjasama semua pihak supaya kerajaan dapat ditubuh dan menjaga kepen­tingan rakyat secara keseluruhan.

“Insya-Allah kerajaan yang bakal ditubuh nanti haruslah mewakili semua pihak, semua kaum, semua wilayah,” katanya.

Anwar turut menafikan dakwaan kononnya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Sementara.

“Tiada Perdana Menteri lagi, jawatan PM masih kosong dan dibuka untuk permohonan,” jelasnya.

Sementara itu, Muhyiddin menegaskan gabungannya mendapat sokongan lebih 112 Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Katanya, dokumen sokongan itu telah diserahkan kepada Istana Negara sebelum Yang di-Pertuan Agong menitahkan beliau ke Istana Negara semalam.

“Tuanku mencadangkan kami (PN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan perpaduan, tetapi kami telah membincangkan perkara itu sejak awal dan tak akan bekerjasama dengan PH,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 23-11-2022 10:11 AM
The best option is BN untuk rakyat malaysia yg berbilang bangsa & agama sbb dari awal penubuhannya BN sudah tolak PAS & DAP....sekarang rakyat memilih...hadaplah parti parti extremist ini...extreme cina & Islam

pemilihan PAS oleh org Islam adalah reaction dari tindakkan cina extremist dgn DAP...yr call

sekarang hadap lah tak ada PM sampai sekarang
Quote ainiz81 23-11-2022 10:34 AM
dah 5 ni takde pm.. negara luar tgk je
Quote SedihPedih 23-11-2022 10:39 AM
shian bang non, berliku2 betul nk capai cita2. Kalau berjaya, he ols kena bukukan kisah ni.
Quote kechikchomel 23-11-2022 10:48 AM
SedihPedih replied at 23-11-2022 10:39 AM
shian bang non, berliku2 betul nk capai cita2. Kalau berjaya, he ols kena bukukan kisah ni.

sekarang ni pun dorang tgh buat filem pasal dia kan.
farid kamil jadi bang non. acha septriasa jadi kak wan
Quote nusaraya 23-11-2022 10:57 AM
Edited by nusaraya at 23-11-2022 10:59 AM

Sebagai negara besar superpower .. penguasa dunia dan pemiimpin bangsa-bangsa seliruh dunia .. sebenarnya malaysia x perlu PM kerana hingga kini sebenarna Malaysia telah diatur seara remote oleh The Supremo .. Pemimpin besar bagsa melayu yang suchi, mulia, perkasa dan smart dari kejauhan di atas langit sana ... Ialah yang selama ini menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan  makmur ...

Siapakah pempimpin sejati bagsa melayu itu ?
Quote apech 23-11-2022 11:00 AM
nusaraya replied at 23-11-2022 10:57 AM
Sebagai negara besar superpower .. penguasa dunia dan pemiimpin bangsa-bangsa seliruh dunia .. seben ...

Itu nama nya tawakkal semata2...takde usaha. Agama tak ajar ya macam tu.
Quote illa 23-11-2022 11:04 AM
nusaraya replied at 23-11-2022 10:57 AM
Sebagai negara besar superpower .. penguasa dunia dan pemiimpin bangsa-bangsa seliruh dunia .. seben ...

ayah pin kerajaan langit ke?
Quote asudau 23-11-2022 11:05 AM
bagilah kat bangnon, sejak 1998 dia menunggu nak jadi PM
Quote lightheaded67 23-11-2022 11:46 AM
Simunggu: The best option is BN untuk ra ...

wak lah ni. iols pun rasa bn lah sbb india boleh jd india melayu boleh jd melayu cina masih boleh jd cina. pas mmg lah pas, pas tak pegang pun tetap kita smua islam, takde pulak pas tak pegang kte smua murtad. tp iols tak rasa pas extreme, bukan ke pas dikatakan lemau?? biar jelah pas tu aman aman setel ganu ke klantan ke ape ke depa tak kacau org. dap pulak ko dh kenapa, bukannye tak mnyakau, ade juge bahagian depa sakau kecoh betul, arak boleh mnom, babi boleh makan, anjing boleh bela, nombor ekor boleh beli apo yg kecoh2 bangsa agama pun iols tak paham.mmg politaikk smua ni. mana mana bangsa agama pun ade puak buat huru hara, yg buat huru hara org dlm parti itu. which is dlm bn pun ader letihhhhhhh
Quote lightheaded67 23-11-2022 12:00 PM
Edited by lightheaded67 at 23-11-2022 12:02 PM

hairan jugak pumpangpumpang kaum takde pulak warga extremist indian naik kepoh skali. tiberrr sementelah iols sndiri pon dulu kecik2 mk hanta kt jiran auntie indian, husb sheols police, so tiap2 pagi heols nk pergi kerja akan kiss  dgn ank gegirl heols, so tiap2 kali kiss nnti heols akan tanya u nak kiss tak?? evryday oso iols akan ckp taknak iols brape tahun gitu time tu lupa lah. motip aku cerita?? okey jur hidop tak murtad pon meols alhamdulillah. eh tiber lagi
Quote nusaraya 23-11-2022 02:02 PM
X perlulah risau jika Malaysia x punya PM ... Ingat masih punya YPDA yang masih punya kuasa ... beliau bukan saja wakil rakyat .. tetapi beliau adalah wakil tuhan di muka bumi .. beliau adalah rasul allah ...

Ingat hanya malaysia saja dari banyak negara di dunia .. hanya malaysia yang dikaruniakan allah mendapatkan wakilnya untuk menjadi pemimpin dan tauladan seluruh umat dunia ....
Quote Dwdrum 23-11-2022 02:36 PM
Edited by Dwdrum at 22-11-2022 10:42 PM

Bagi saja lah agong jadi PM.. TPM abang non... Dan mentris orang PH.... Tidak perlu takut nasib bumis  kerajaan PH di bawah  agong
Quote rosedemon 24-11-2022 09:05 AM
sampai skrg xnmpk byg . lembab
Quote boo06 27-11-2024 01:18 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.043014 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top