CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Annuar Musa Dakwa Wujud Konspirasi Kelirukan Agong Pilih PM

22-11-2022 11:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4757| Komen: 62

Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud konspirasi terancang apabila ada pihak cuba mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dalam soal pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Tanpa merujuk kepada siapa, Ketua UMNO Bahagian Ketereh mendakwa, pihak terbabit mengemukakan dokumen bercanggah Perlembagaan dan bertentangan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) diumum hari ini.


FB Annuar

Semua 30 Ahli Parlimen BN dilaporkan sepakat memutuskan untuk berkecuali daripada menyokong mana-mana nama dicalonkan sebagai Perdana Menteri, selain bersedia untuk menjadi pembangkang.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi dilaporkan membincangkan pendirian BN dan ahli parlimen berhubung pelantikan Perdana Menteri serta penubuhan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk mengadap baginda secara individu di Istana Negara, esok pada jam 10.30 pagi

Dalam pada itu, Annuar berkata, kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bakal menamatkan polemik pemilihan Perdana Menteri dengan baik dan lancar.



Namun, katanya, kerumitan yang wujud dalam isu ini disebabkan ada pihak dalam BN membuat pakatan sulit atau konspirasi sejak sebelum PRU15, tanpa menyedari perkara itu menjadi satu kesalahan besar serta tidak sah dan terbatal.

Annuar berkata, beliau difahamkan setiap Ahli Parlimen BN akan diberi peluang menyatakan sendiri pilihan mereka, sesuai dengan kehendak perlembagaan dan masalah konspirasi yang terbongkar, akan diurus UMNO dan BN.


Sumber: BH Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 23-11-2022 12:32 AM
Bijak ? Hurmmmm
Quote LadyCarefree 23-11-2022 12:40 AM
Orix replied at 22-11-2022 11:32 PM
Bijak ? Hurmmmm

LOLLLLL. betullah dia bijak lagi licik. balak boksait durian rebenijo ... kahwin banyak pon kira bijak kan?
Quote ina_na 23-11-2022 12:46 AM
Bersambung esok la pulak..MT BN p mengadap jagong kan..
Quote Whitney72 23-11-2022 12:48 AM
Sembang mamat ni..dia pun tali barut cina..org Kelantan msti tau siapa Datuk Sunny Ng yg punya hubungan rapat dgn Nuar Musa n Nazri Tan Sri Aziz ..
Quote Carcosa 23-11-2022 01:39 AM
Edited by Carcosa at 23-11-2022 01:41 AM

Si bijak tu, boleh pakai ke decision dia nanti?
Pangkat Dato pun dilelong2 mcm jual ikan kat pasar tani, lagi mau bijak.   Nasib laaaa time pilihanraya, dia pulak tgh jadi jagung rebus
Lepas ni, kalau si bijak dah buat keputusan sapa Pemenang Malaysia (PM), bolehlah suri rumahtangga dia ckp kat Parti lain yg kalah : Dengki Kewwwww?
Quote lola0311 23-11-2022 02:04 AM
aduhai bitter nye cai cai PH ni lagi xdpt pemimpin depa jd PM semua org dia kutuk dan salah kan . mcm cacing kepanasan. semua org salah dia je betul
Quote Orix 23-11-2022 02:05 AM
LadyCarefree replied at 23-11-2022 12:40 AM
LOLLLLL. betullah dia bijak lagi licik. balak boksait durian rebenijo ... kahwin banyak pon kira b ...

Bijak tang tu je lah. Tang mengabehkan boreh………
Quote renko 23-11-2022 03:19 AM
Rajin tol dia ni berbunyi sekarang sejak xkena calon hahahaahaha
Quote Babai 23-11-2022 05:00 AM
Carcosa replied at 23-11-2022 01:39 AM
Si bijak tu, boleh pakai ke decision dia nanti?
Pangkat Dato pun dilelong2 mcm jual ikan ka ...

Hahahahaha
Quote pujanggacinta 23-11-2022 05:39 AM
jadi betullah mmg wujud lah conspiracy terancang sblum pru15...
Quote iman_kasih 23-11-2022 05:47 AM
Duk diam sat la cheq oi. Orang lagi mau cepat dapat PM hang x sudah meroyan dan menghasut. Hal parti hang tu senyap kejap. Dah dapat PM nanti hangpa bergasak la. Masa PAU nanti jatuhkan la president tu kalau dh x suka sangat. Sekarang ni masa utk pilih PM. Dulukan apa yg penting la.
Quote noor2 23-11-2022 06:02 AM
Konspirasi anwar ke atau konspirasi muhyidin.
.
Quote aint 23-11-2022 06:23 AM
nyampah nye la dgn Nuar Musang ni... cakap cam tau segala nya...
Quote Suchi 23-11-2022 06:29 AM
iman_kasih replied at 23-11-2022 05:47 AM
Duk diam sat la cheq oi. Orang lagi mau cepat dapat PM hang x sudah meroyan dan menghasut. Hal parti ...

Betul gak tuhh, jd makin serabut ngn drama pergolakkan dalaman BN lagi
Depa ni ingat negara malaysia ni kaya sgt ke sampai nk gantung parlimen lama2?
Quote shalalat 23-11-2022 06:42 AM
Rumah dah siap, pahat berbunyi. Bitter sgt tak tercalon, dulu takde plak nak bg statement everyday. Puiii
Quote kakikuDibibirmu 23-11-2022 07:30 AM
[youtube]rSDFN2GLuHA[/youtube]
Quote ekod79 23-11-2022 07:36 AM
Edited by ekod79 at 23-11-2022 07:38 AM

Agung nak jumpa 30 ahli bn nk check sape antara mereka yg termasuk dlm 115 sd yg yidin claim tu....kantoi...tu yg hishamuddun minta tangguh jumpa agung ... sifat tamak yidin dari dulu lg curi2 mp hilangkan roh akta anti lompat parti gitu...ni die x setuju dgn agung pulak utk kerajaan perpaduan
Quote zamzam 23-11-2022 07:44 AM
Carcosa replied at 23-11-2022 01:39 AM
Si bijak tu, boleh pakai ke decision dia nanti?
Pangkat Dato pun dilelong2 mcm jual ikan ka ...

Ni lah sbb org tak suka ph. Belum jd kerajaan dah caci maki dan tak hormat org lain.
Quote snowflakes 23-11-2022 07:45 AM
Anwar je yang ada konspirasi... yang lain tu tak... suci kan... sebut konspirasi pun tak reti agaknya

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.050264 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top