Oleh Izzah Abbasy
Kanak-kanak mempunyai akal yang panjang. Kadang-kadang tak terlintas untuk kita mengenali mereka dengan lebih dekat. Yang kita tahu, marah apabila mereka melakukan kesalahan dan senang hati apabila mereka melakukan sesuatu yang membanggakan. Namun, sebagai ibu bapa kita seharusnya kenalpasti personaliti atau karakter anak-anak ini. Setiap anak-anak mempunyai karakter yang berbeza. Demikian juga sekiranya anak anda adalah pasangan kembar. Anda akan dapati mereka tidak sama seratus peratus daripada segi tingkah laku. Kesemua ini berlaku kerana mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Kenali empat jenis karakter anak-anak ini 1. Mengarah
Bersikap teliti bukan ciri yang diutamakan bagi kanak-kanak berpersonaliti ini. Malah jika dia mahukan sesuatu, dia mahukan dengan segera. Dalam kerja sekolah pula, kerana kegopohan, mereka banyak melakukan kesilapan ejaan atau kesalahan kerana kecuaian bukan kerana tidak tahu. Tetapi mereka ini seorang yang sangat fokus jika mahu melakukan sesuatu dan secara semula jadi mempunyai sifat sebagai ketua. Di samping itu, dia mempunyai semangat persaingan. Bagi dia, kehidupan sempurna adalah untuk mencapai sesuatu, mengatasi halangan-halangan dan penyempurnaan. Dalam belajar berenang, biasanya kanak-kanak personaliti ini akan mudah menyelam dan juga pada bahagian yang paling dalam. Dia juga akan berusaha untuk terapung dalam air walaupun tercungap-cungap. Apabila berjaya sampai di hujung kolam renang, dia akan cepat memberitahu pada orang di sekitarnya yang dia sudah boleh berenang. 2. Pendamai
Mudah berurusan dengan orang berpersonaliti ini. Mereka seorang yang pendiam dan sukakan suasana harmoni. Jika dalam suatu kumpulan sedang bergaduh, mereka adalah seorang pendamai. Kanak-kanak golongan ini tidak suka menjadi tumpuan dan lebih suka menjadi pemain dalam sesuatu permainan daripada menjadi ketua. Jika menjadi ketua, mereka adalah yang terbaik kerana seorang yang peka kepada keperluan ahli pasukannya. Padanya, kemenangan bukan caranya tetapi membuatkan orang sekeliling gembira adalah yang terbaik. 3. Pandai Bergaul / Socializes Adakah anda pernah melihat seorang yang suka senyum dan periang? Kanak-kanak yang mempunyai sikap seperti ini mempunyai ramai kawan di sekelilingnya. Walau di mana dia berada, dia pasti menarik ramai orang. Mereka yang berpersonaliti ini adalah seorang yang menyeronokkan dan menggembirakan. Walaupun kelihatan tidak mempunyai apa-apa dalam fikirannya tetapi sebenarnya mereka adalah seorang yang pintar. Bolehkah anda kesan personaliti ini semasa dia masih bayi? Jawapannya boleh. Anda akan dapat melihat dia seperti bayi yang gembira dan mudah diuruskan. Dia kelihatan mesra walaupun bersama orang asing. Yang penting dia suka bercakap dengan orang. Walaupun ketika itu dia belum pandai bercakap, dia akan membuat bunyi. 4. Pemikir Kanak-kanak berpersonaliti seperti ini merupakan seorang yang teliti dan mahukan sesuatu yang sempurna dalam setiap apa yang dilakukan. Dalam hubungan sosial, dia tidak mempunyai ramai kawan tetapi mempunyai beberapa orang yang rapat dengannya. Anda akan dapati dia akan melakukan kerja sekolah dalam tempoh yang lama supaya ia kelihatan kemas dan sempurna. Ini kerana dia tidak suka kerja yang dilakukan dalam keadaan kelam kabut. Malah dia akan memastikan barang-barang miliknya disusun dengan teratur mengikut susunan. Ternyata, setiap karakter atau personaliti seseorang bayi atau anak sangat berbeza. Kenali anak dengan lebih dekat supaya mereka tidak mudah memberontak. Malah, ia mengeratkan lagi kasih sayang sesama keluarga. - CARI Infonet |
5
Bagus |
15
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
16
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT