Srikandi Bersatu Malaysia (Srikandi) meminta polis menyiasat Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan.
Srikandi dalam kenyataannya media hari ini mendakwa, Hannah telah memuat naik dalam akaun Facebooknya yang menghasut rakyat Sabah dan Sarawak dengan memberi gambaran wujudnya parti politik yang bermain dengan ketegangan kaum dan agama dalam kalangan rakyat. “Kenyataan yang sama oleh Hannah juga menghasut rakyat Sabah dan Sarawak supaya menolak Perikatan Nasional (PN) berdasarkan dari gambar yang disiarkan iaitu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Kenyataan pemimpin DAP ini serius dan Srikandi mohon polis siasat,” kata kenyataan itu. Semalam, Hannah melalui Facebooknya, Hannah Yeoh, memuatnaik status dalam dwi bahasa, “Kepada rakyat Sabah dan Sarawak, beritahu kepada parti-parti yang anda pilih – bahawa anda mahukan kerajaan Persekutuan mewakili pelbagai kaum di Putrajaya, bukannya yang mahu menimbulkan ketegangan kaum dan agama dalam kalangan rakyat Malaysia. “People of Sabah and Sarawak, let the political parties who represent your interest know – that you want a multiracial Federal Government in Putrajaya and not one who toys with racial and religious tension among Malaysians. Bersama status itu, beliau turut memuatnaik gambar Muhyiddin dan Abdul Hadi dengan perkataan, “PN – Bukan yang ini”. Sumber: MalaysiaGazette |
Abahmung replied at 22-11-2022 10:04 PM
Apa yg dia cakap tu betul..truth hurts.
Skuau replied at 22-11-2022 11:08 PM
BUKTI???????
_kelly replied at 22-11-2022 11:14 PM
bukti dah ada dalam post hannah yeoh..artikel yg dia share tu bukan hearsay tapi keluar sendiri da ...
jejaka_hensem replied at 22-11-2022 11:23 PM
tupai replied at 22-11-2022 11:23 PM
Kalau melayu buat statement camtu sure dh berangkut…apa masalah kau dgn melayu aso oiii…hidup kau ...
ladyxez replied at 22-11-2022 11:30 PM
Bukan nak sokong mana², tapi Hannah kalau uols pernah berurusan dgn dia, tertib dan faham tentang a ...
xy_daen replied at 22-11-2022 11:26 PM
Yidin dengan Hadi waktu kempen buat statement bukan2 elok pulak ye?
_kelly replied at 22-11-2022 10:14 PM
bukti dah ada dalam post hannah yeoh..artikel yg dia share tu bukan hearsay tapi keluar sendiri da ...
ladyxez replied at 22-11-2022 10:30 PM
Bukan nak sokong mana², tapi Hannah kalau uols pernah berurusan dgn dia, tertib dan faham tentang a ...
fairiza replied at 22-11-2022 10:25 PM
Mananya kene angkut? Berpuluh statement kuar dr pas n yidin psl ph. Buktikan depa kene angkut?
ADVERTISEMENT