CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Pakai T-Shirt Pelangi Dilarang Masuk Stadium Piala Dunia Qatar

22-11-2022 09:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1891| Komen: 24

Description: Seorang wartawan ditegah daripada memasuki stadium ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia berlangsung antara pasukan Amerika Syarikat (AS) dan Wales kerana memakai baju-T memaparkan lambang lesbian, ...
Seorang wartawan ditegah daripada memasuki stadium ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia berlangsung antara pasukan Amerika Syarikat (AS) dan Wales kerana memakai baju-T memaparkan lambang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), lapor akhbar Daily Star semalam.


Wartawan stesen penyiaran CBS Sports, Grant Wahl, ketika itu memakai baju-T bercorak pelangi yang mengelilingi sebiji bola sepak pada bahagian tengah.


Twitter/AFP

Dia cuba memasuki Stadium Ahmad Bin Ali namun, seorang pengawal keselamatan melarang warga AS itu daripada memasuki lokasi perlawanan sekiranya dia enggan menukar pakaian.

“Pengawal keselamatan tidak membenarkan saya memasuki stadium untuk menonton perlawanan antara AS-Wales. ‘Anda perlu menukar pakaian, ia tidak dibenarkan’,” kata Wahl menerusi ciapan di laman Twitter.


Wahl akhirnya dibenarkan memasuki stadium tersebut lalu dia memuat naik satu hantaran lain yang berbunyi: “Saya okay, namun ia adalah satu kesukaran yang tidak perlu. Saya berada di pusat media dan masih memakai baju-T yang sama. Saya telah ditahan selama hampir sejam,” katanya.

Ketika menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, Wahl menerusi blog kendaliannya berkata, dia ditahan selama 25 minit selain telefon bimbit miliknya turut dirampas.

Pengawal keselamatan juga didakwa berulang kali menyuruh dia menukar pakaian.

Tambah Wahl, seorang komander kemudian menghampirinya dan memberitahu bahawa mereka akan melepaskannya serta memohon maaf atas semua kesulitan itu.

Seorang wakil daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) turut membuat permohonan maaf kepada Wahl. 


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 22-11-2022 10:25 PM
Ko pun gatal birah merenyam juga..saja nak Cetus provokasi yg tak perlu..ko masuk tempat org, xblh ke belajar hormat rules and regulations negara org?.. kata bangsa lebih awal bertamadun...puihhh

Satu lg, world cup ni khas utk meraikan bola sepak..yg ko gila beruk mak nyeh nak heret semangat beruk ko bab LGBTQRSTUVWXYZ tu dah knp?? Byk dah festival dianjur utk geng pelangi la..arak la..pesta smp mampus la.. pergi jela.berjimba2 mcm beruk kat sana xde sapa kisah..xde sapa larang...ni dah rules negara tu tetap mcm tu..ikut je la..xmampus pun ko klu x dpt minum arak seketika..xmati pucuk pun ko klu xberzina waktu world cup...budus tahap tongong...dasar beruk mak yeh...
Quote sharlenetexas 22-11-2022 10:29 PM
Dah masuk negara orang, ikutlah cara negara tu. Nak sangat pakai t shirt pelangi, gi la us, europe sana. Tapi kat europe jangan gatal2 pakai burqa.

Quote Carcosa 22-11-2022 10:57 PM
Itulah. Ni semua bangsa yg jenis tak reti hormat negara org. Masuk negara org, ikut rules negara tu, bodoh! Ada video meols tgk, hanjing2 ni merentan tak dpt nak togok air kencing setan dlm stadium. Eh, ko tak suka, kau pegi berambus.
Ni semua, dlm bahasa Inggeris, dipanggil "plebs". Diorang ni, dlm golongan yg lower class dlm society. Yg takde culture dan tatasusila dlm hidup.
Quote kepompong 22-11-2022 10:59 PM
sekali imbas macam muka cikman
Quote 3480 22-11-2022 11:04 PM
Saja nk provok je tu.. dengki ngat kt Islam..
Pastu ckp tu xleh ni xleh.. ummah x bertamadun pon pakat kecam berjemaah
Ikut ja la rules negara org
Quote mawardia 22-11-2022 11:10 PM
I ols tgk heshe nak highlight perihal commander mintak mahap ler kononnya. Kononnya heshe mangsa. I tak kisah commander apologise kat heshe kerna mungkin itu courtesy he ol saje lah. Tapi puas hati la I ols fonen ni tak dapat masuk stadium. Raikan sukan je la tanpa perlu bawa isu lain. Lagi satu, motip bule bule ini semua nak baran tak bole teguk arak kat sana? Irony sangat yachh nak tgk suka sambil buat benda tak sihat.
Quote Beribear 22-11-2022 11:26 PM
Off topic sikit, pg tadi kelig iolss non bumi konon² nak ckp fifa kali ni tak ramai org nak tengok. Padahal maksud tersirat dia jahat sgt. Ini org melayu nak kerjasama dgn non bumi satu ni? Pandai berlakon je depan melayu tp belakang terpaling busuk hati. Nasib semalam tengok Eng vs Iran iolss ckp penuh je stadium. Lg pelik dia pon tengok gak tp still nak ckp tak dpt sambutan. Perangaiiii sgt
Quote Suchi 22-11-2022 11:35 PM
Edited by Suchi at 22-11-2022 11:41 PM
sharlenetexas replied at 22-11-2022 10:29 PM
Dah masuk negara orang, ikutlah cara negara tu. Nak sangat pakai t shirt pelangi, gi la us, europe s ...


Ramai gak bitter terutama takleh minum arak tu, sampai konon nak bawak beer yg berbalut pembalut coke

Takleh ke hormat je peraturan negara org, kalau nak sgt minum beer bagai tgk jela kt umah.

Padahal ada je yg komen kat scotland pun tak dibenarkan minum gak time perlawanan bola tu
Quote QueenIsolde 23-11-2022 12:56 AM
Nak berpegang dgn agama zaman2 akhir ni mcm genggam bara api, klu tak kuat boleh terpesong akidah. Bangsa mat saleh dulu, kini dan selamanya bangsa pembuli, penindas dan biadap. White supremacy tu nak tutup kelemahan dorg je.
Quote kakikuDibibirmu 23-11-2022 07:23 AM
Flag-for-History-1-1024x681.png

[youtube]26hqmOaUTMk[/youtube]
Quote bulalof 23-11-2022 07:25 AM
bodoh punya american.

memang dia rasa ini tempay yg sesuai utk burukkan image islam.
Quote bulalof 23-11-2022 07:27 AM
Beribear replied at 22-11-2022 11:26 PM
Off topic sikit, pg tadi kelig iolss non bumi konon² nak ckp fifa kali ni tak ramai org nak tengok. ...

next time boleh suruh negara komunis jadi host nation.
Quote imanjannah 23-11-2022 07:27 AM
ajak pejuang2 lgbtqhijq kat Malaysia ni sekali
Quote Dwdrum 23-11-2022 07:45 AM
Negara yang radical agama tidak perlu bid untuk world event nanti susah negara sendiri di kecam...
Quote kakikuDibibirmu 23-11-2022 07:58 AM
football1.gif
Quote nw111 23-11-2022 07:59 AM
Padan muka..tak tau nk respect negara org...bodoh punya lgbt
Quote Didi_dido 23-11-2022 08:12 AM
American ni yg bole handle Pak Arab je. Sbb sama2 kepala batu. Kalo kita SEA mesti dh kena pijak2 dgn westener. Menyampah aku dgn komen2 provokasi mat saleh about WC ni. Ko duk umh je la diam2
Quote sangbara2020 23-11-2022 08:17 AM
omputih ni kunun2 bagus sgt
rupanya hanoeh kalah org gile punya perangai
Quote Dwdrum 23-11-2022 08:34 AM
Edited by Dwdrum at 22-11-2022 04:40 PM

Tournament yang cost hosting US230billion infra... revenue untuk 1 event bukan mudah..gigih mahu jadi selective host... Untuk infra long term investment untuk world event lagi?.... Sebab itu lah muslim sendiri tolak party lobai perintah negara... Depa bijak...yang sentap issue ini mungkin  cost depa 0 penny... Last last jadi event shiok sendiri

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.164106 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top