CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Penyokong Bola Sepak Terengganu Buat Kecoh Baling Batu Pada Bas Pemain Selangor

22-11-2022 09:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 541| Komen: 0

Description: Polis menahan lelaki yang melakukan kekecohan selepas perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.
Polis menahan lelaki yang melakukan kekecohan selepas perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa, insiden tercetus 300 penyokong TFC berkumpul di laluan keluar penyokong dan pasukan Selangor, kira-kira jam 11.30 malam sebelum membaling batu dan objek keras ke arah bas yang membawa pemain Selangor.


TANGKAP layar video memaparkan penyokong TFC melakukan kekecohan di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Perbuatan mereka itu menyebabkan kenderaan berkenaan rosak di bahagian cermin dan tingkap.

“Pada masa itu, pasukan polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dari Kampung Manir yang sedang melakukan perbuatan terbabit.

“Pihak pengurusan Selangor turut membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Selepas pukul 2 pagi, semua bas penyokong Selangor yang diiringi polis telah selamat memasuki Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Menurut laporan Utusan, Selangor mara ke final Piala Malaysia dengan agregat 3-2 mengatasi TFC meskipun tewas 0-1 dalam aksi timbal balik kedua.

Bagaimanapun, sebaik wisel penamat ditiup pengadil, penyokong TFC membaling objek ke arah penyokong Selangor di dalam stadium. - CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.038094 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top