Nelissa Nizam sering menjadi bualan ramai oleh kerana rupa parasnya seakan-akan mirip pelakon Ayda Jebat. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh kakak Nelissa iaitu Nelissa Elyana di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon drama Budak Tebing 2 itu sedang berjalan seperti model menggunakan lagu Gaga Dance bersama kakaknya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet menyoalkan rupa paras mereka yang kelihatan sama seakan-akan seperti kembar. “Kembar ke ni?
“Muka sama, kembar ke? Malah, ada juga segelintir yang berkata keliru dan tidak tahu mana satu Nelissa memandangkan dua-dua wajah mereka kelihatan sama. “Konpius mana satu ni Nelissa? “Tak yang mana Nelissa ni? Walau bagaimanapun, di ruangan komen, Nelissa Elyana sudah pun menjawab persoalan netizen di mana mereka berdua adalah adik beradik. -CARI Sumber: XTRA
|
PuanAbby replied at 22-11-2022 11:33 PM
Muka dia ni mcm sorang pelakon watak extra suara memekik ja. Yg ada taik lalat. Tak ingat lah nama
beta_carotene replied at 23-11-2022 06:34 AM
Kak kiah propa kot
September14 replied at 23-11-2022 08:23 AM
Ppuan tu punya feelibg2 lawa last2 disamakan dgn kak kiah propa hahaha
ADVERTISEMENT