PASIR PUTEH – Seorang buruh warga China maut selepas rebah semasa melakukan kerja-kerja pemasangan besi jambatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Kandis, Bukit Yong di sini kelmarin.
Mangsa, Qui Daq Qing, 51, pengsan kira-kira pukul 11 pagi sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang bekerja sebagai buruh secara tiba-tiba rebah ketika melakukan kerja-kerja pemasangan besi.
Menurutnya, mangsa yang tinggal di Kampung Wakaf Lichong di sini kemudian dilihat dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke HRPZ II oleh majikannya. “Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia selepas menjalani rawatan di hospital. Pemeriksaan turut mendapati mangsa negatif Covid-19. “Mayat mangsa sudah dibedah siasat di HRPZ II dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – CARI Sumber: Kosmo
|
ina_na replied at 22-11-2022 04:58 PM
Biasa kat sini kalo buruh dr China tu sepenuhnya milik company Cina dr China..sbb dl kawan suami per ...
gigahertz replied at 23-11-2022 01:35 AM
china tanah besar anggap cina di luar tanah besar adalah
Pengkhianat. Sebab masa zaman british dul ...
ADVERTISEMENT