CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Suami Penyanyi Dipenjara Tiga Bulan, Denda RM2,000 Sebab Belasah Isteri

22-11-2022 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7509| Komen: 49

Kajang: Bekas suami penyanyi yang juga ahli perniagaan dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, selepas didapati bersalah memukul isterinya.


Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Reduan Mahamood, 58, yang mengaku bersalah.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda, mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan tambahan hukuman penjara selama sebulan.


Foto: Harian Metro

Nik Siti Norazlini dalam hujahnya turut menasihati tertuduh dan mengharapkan hukuman itu dapat memberi pengajaran kepadanya.


"Seorang isteri adalah pendamping bukannya 'punching bag'. Saya harap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada kamu. Jangan buat lagi pada anak, isteri dan kepada sesiapa sekali pun," katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Adriana Mohd Arif, 45, dengan memukul serta menendang mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Batu 9, Cheras, di sini, pada 14 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shafiq Ahmed Bazari.

Terdahulu, Mohd Shafiq memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap Reduan dengan alasan dia sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Malah katanya, tertuduh yang juga menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi adalah penyara utama keluarga.

Bagaimanapun Norfarhanim memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya sebagai pengajaran supaya tertuduh lebih bijak dalam mengambil sebarang tindakan pada masa akan datang.

Pada 19 November lalu, Harian Metro melaporkan polis menahan bekas suami penyanyi dangdut yang memukul isterinya sebelum kejadian itu tular di media sosial, baru-baru ini.

Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial sehingga tular pada 17 November lalu.

Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang berkali-kali di muka serta badan.

Rakaman juga menunjukkan kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu terbabit. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maharani_gebu 22-11-2022 03:50 PM
2k sajork??? celah gigi dia aje baiii....

bini tu cepat-cepatlah mohon fasakh.... kalau tak 3 bulan nanti ko tambah lunyai oiii
Quote cewekbopot 22-11-2022 03:52 PM
itu ja???2k????!!!
Quote cikatilia 22-11-2022 03:58 PM
kenapa tiba2 nampak tua kurus dan miskin
Quote SherryZass 22-11-2022 03:59 PM
Apasal sikit sangat denda tu Mohon bini dia tu lari jejauh.
Quote LostStar 22-11-2022 04:05 PM
2k jek maruah pmpuan tu....ALAHAI
Quote pinkpunk 22-11-2022 04:07 PM
nyawa org ujung tanduk, penjara 3 bulan denda 2k.. hmmm.. apalah nasib pempuan kt msia ni
Quote DayangKirana 22-11-2022 04:08 PM
sikit sangat tu..for sure this was not the first time..
patut kes domestic violence ni hukuman kena berat..
sebab causing mental distress to the victims..silap2 boleh PTSD and even affecting their whole life.
pisah je la terus...if M'sia ada restraining order, better put up one.
takut lepas keluar nanti dia buat taik lagi.
Quote esbok 22-11-2022 04:12 PM
3 bulan .......
Quote cattiecute 22-11-2022 04:23 PM
jate gini kalau bini dok tunggu dengan alasan "manusia boleh berubah" ko memang lagi below level dari bella 3.0
Quote tikusmontok 22-11-2022 04:28 PM
Moga ko kena pijak n belasah inmates setiap hari selama 3 bulan tu.
Quote Omai 22-11-2022 04:28 PM
ex laki retis mane ni ek. malas la nak gali benang lepas
Quote woven11 22-11-2022 04:29 PM
Kesian anak trauma nmpk mak kena pukul depan mate
Quote Girl-N-Roses 22-11-2022 04:34 PM
tak ada ke gambar muka dia
nk gak tgk muka jantan yg buat amelina kawen lari   
dgn bini ni pun kata bini yg ke brp dah
Quote TerataiMelur02 22-11-2022 04:48 PM
Kenap kalau kat fb tu iols baca mana yang kene dera bila report polis tapi polis suruh selesaikan elok2.
Kene viral dulu ke?
Quote laksmanabentan 22-11-2022 04:49 PM
Girl-N-Roses replied at 22-11-2022 04:34 PM
tak ada ke gambar muka dia
nk gak tgk muka jantan yg buat amelina kawen lari   
dgn bini ni pun kata ...

pakai guna2 ker camna tu uoollsss???
Quote matjerk 22-11-2022 04:50 PM
2bulan denda 3k je????
Bini n anak tu trauma seumur hidup tau tak?
Quote puteribunga 22-11-2022 04:58 PM
Omai replied at 22-11-2022 04:28 PM
ex laki retis mane ni ek. malas la nak gali benang lepas

kak long Amelina
Quote leenaz 22-11-2022 04:59 PM
sapa bekas bini dia tu?
Quote Olumis 22-11-2022 05:01 PM
cikatilia replied at 22-11-2022 03:58 PM
kenapa tiba2 nampak tua kurus dan miskin

Sebab dah muflis

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.064240 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top