CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bapa Selalu Sibuk Hujung Minggu, Shila Amzah Gembira Bapa Tunai Janji Datang Konsert GV

22-11-2022 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1098| Komen: 2

Shila Amzah akui gembira dengan sokongan ditunjukkan ibu bapanya, Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman yang hadir ke Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

Ia secara tidak langsung menangkis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan rumah tangga ND Lala bersama isteri kini sedang bergolak dan hubungannya bersama Shila juga kurang baik.


IG Shila

Menurut penyanyi itu, bapanya yang juga merupakan penyanyi senior sememangnya sudah berjanji untuk hadir menonton persembahannya di diperingkat separuh akhir dan final GV9.

“Kehadiran kedua ibu bapa saya ini juga merupakan satu kejutan buat anda semua. Kita memang dah rancang sebegitu. Bapa saya selalu sibuk bila hujung minggu.


“Saya sangat gembira untuk melihat bapa saya di sini malam ini. Dia memang sudah berjanji akan datang pada konsert separuh akhir dan final,” katanya kepada MH usai konsert separuh akhir GV9 yang berlangsung pada Ahad.

ND Lala dan isteri turut ditemani oleh seorang lagi anak perempuan mereka yang juga merupakan penyanyi, Syada Amzah.

Malah, mereka sekeluarga turut diperkenalkan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sewaktu di awal konsert.


Foto IG

Sekitar Mac lalu, khabar angin yang mengatakan rumah tangga ND Lala dan isteri sedang goyah nyata bertiup kencang sehingga ada yang mendakwa mereka telah bercerai.

Namun, menerusi beberapa laporan media, Shila telah tampil menafikan segala dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Shila mengakui ibu bapanya itu sedang mengharungi satu fasa yang agak sukar selepas hampir 33 tahun mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, Shila telah menepati ramalan apabila berjaya mara ke konsert akhir GV9 yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Pada malam konsert berkenaan, Shila membawakan lagu Sang Dewi nyanyian asal Titi DJ dan sebuah lagi lagu duet bersama Jaclyn Victor iaitu Sampai Bila (Misha Omar).

Dua persembahan memukau itu memboleh Shila berada ditempatkan kedua di belakang Jaclyn dengan markah 79.20%.


Sumber: Media Hiburan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 22-11-2022 04:01 PM
Kehadiran kedua ibu bapa saya ini juga merupakan satu kejutan buat anda semua.
Kita memang dah rancang sebegitu. Bapa saya selalu sibuk bila hujung minggu.


Siapa pulak yang menantikan bapak slide powerpoint scammer MLM kau tu datang GV tiap-tiap minggu....lantak dia la ngan seminar dia pun... adik kau kuat capub tu pun semak je ala-ala selebriti pulak.. yihhh!
Quote miracle_forever 23-11-2022 06:22 PM
oh dah dapat Datuk ke acik nd lala ni?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.030839 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top